Tuesday, January 13, 2015

Projek RM5k

coretan LeezaNM waktu 8:05 PM
Sejak join Shaklee saya ada gaji untuk setiap 14hb.... Untuk saya yg mempunyai family besar bersyukur sangat saya mampu mendapat extra income walau pun amaunnya turun naik mengikut prestasi pencapai saya dan groupp saya. Namun ianya sangat2 banayk membantu.... bermula dengan income atau bonus yg mula2 saya dapat bernilai rm200++ dan yang piling banyak pernah saya dapat RM1800.00. Saya sangat bersyukur sekurang-kurangnyaaa... duit tambahan ini lepas beli susu, pampers dan keperluan2 wajib utk keluarga.

Bagi mereka yang mempunyai lebih dari gaji hakiki mungkin tidak terasa nikmat yang saya rasa. Namun inilah hasil keringat yg sejati kerana kiter hanya dapat hasil dari usaha kiter. Bila setiap bulan melihat hasil tu ada rasa kepuasan dan semangat disitu.

Saya belum berjaya seperti leader2 saya yang lain. Namun itulah cita2 dan impian saya. Saya pernah join macam2 MLM dan apa2 lagi ntah... tapi inilah kira bisness yg paling menjadi dan paling stabil yg pernah saya buat. Terima kasih Allah kerana sesunguhnya DIA lah memberi jalan dan mempermudahkan jalan itu. Rezeki anak2 kan.

Tahun ini salah satu harapan saya nak up...up...up kan income saya bersama Shaklee ni. Untuk merealisasikan impian ini... saya jugak dah list down beberapa usaha dan perubahan yg perlu saya buat. Setiap kejayaan perlukan usaha dan pengorbanan. Doakan saya berjaya ye. Saya berikan kehidupan yang lebih selesa untuk anak. Saya nak balik kg lebih kerap untuk jenguk emak supaya emak happy. Saya nak menabung untuk masa hadapan. Saya nak perbanyakkan sedekah dan berbuat kebaikan dengan rezeki yg saya dapat itu. Itulah antara push factor saya kenapa saya perlu berjaya.

Mampukah saya ????

Kalau tanya saya... macam2 alasan yang cuba saya berikan. Tak cukup masa. Tak pandai promot. Tak ramai kawan. Tak ada modal. Emmmmm... memang alasan ini wujud. Tapi demi anak2...demi nak bahgiakan hati emak selagi ada umurnya... saya tekad saya nak berjaya.... saya target nak dapat RM3000-RM5000 dengan Shaklee by Jun. Saya nak. Saya dah tengok mcm mana adik angkat saya buat dari RM2k ke RMxx xxx.xx sekarang. Kenapa pulak saya tidak mampu. Saya perlu berubah kalu saya nak. Perlu.

Usaha. Doa dan Tawakal.
#sayanakberjaya
#sayanakberubah
#prayforit


0 komen:

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea