Freelance Job...

Posted by lee-za on Wednesday, May 16, 2012.
No Comments »

Lama tak merungut...mengarut....dan melalut kat blog ni. Tak tau la bizi sgt ke apa... Tp masa tu rasanya x mencukupi. org lain pun ada 24 jam gak kan...Apasal la aku yg x cukup2 masa ni...Jawapannya...x pandai manage masa...hahahaha...so salah siapa??? Diri sendiri la.... Kena la muhasabah diri kan....If nak improve kena la selalu check diri sendiri...

Last week baru siapkan simple sistem utk sorang kawan guna Php+MySQL je.... emmm best jugak kalu dapat buat2 sistem2 yang simple ni...tak de la mengadap lama sgt.... tak de la sakit kepala sgt...hehehehe

Ada tak lagi org nak kasik aku buat sistem2 yg macam tu ekkk.... masyuk sikit pun tak pe... dapat buat sistem2 budak2 U punya projek mesti tak susah sgt kan... hehehehe. Develop sistem ni best but if too complicated and take too many time... feel excited tu lama2 akan merosot....hahahaha....bleh ke mcm tu... programmer ape cam tu kan...

Korang kalu ada member2 nak upah aku buat projek akhir blh la gi tahu... berminat gak... Nak buat projek besar2 masa x mengizinkan so tak berani la nak commit... cuma Leeza x buat dokumentation... just sistem development...database+coding je...flow seme kena tentukan siap2 la...

Minggu depan lak buat sharing knowledge skit dgn kwn2 ttg MySQL+Php.... Semoga ilmu yg ada sedikit ini semakin berkat...semoga dapatla buat kebaikan skit....hehehehe... Harap2 training tu berjalan dgn lancar...dan yg paling penting kwn2 dapat manafaat darinya...Leeza x penah mengajar lg kat opis ni...nervous jugak...kadang2 walaupun kiter tahu...kiter tak blh nak sampaikan dgn baik pada org lain.

Oklah...nak cau cin cau la dulu....

Resdung oh Resdung

Posted by lee-za on Monday, March 26, 2012. Filed under: ,
No Comments »

Dah berhabuk ke dah bersawang blog aku ni... hehehe. Lama aku tak menulis yea...x ada mood nak mengarut and x de apa2 yg menarik nak share.

Tiba2 mlm ni hidung aku ni terasa gatalnya yang amat2.... huhuhu resdungku menyerang semula. Apa agaknya resdung ni yea?

Resdung (sinusitis) adalah penyakit disebabkan pembengkakan saluran hidung (sinus). Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu akut dan kronik. Resdung akut bermula daripada jangkitan virus pada saluran pernafasan diikuti dengan jangkitan bacteria. Keadaan ini menyebabkan sinus membengkak dan tersumbat. Resdung kronik pula merupakan lanjutan kepada resdung akut di mana sinus yang tersumbat itu dipenuhi cecair mukus. Seterus hidung menjadi tidak selesa. Biasanya, Resah hidung (Resdung) hanya diambil peduli apabila gejala2 di bawah dikesan.

Kesan2 (symptom) Resdung




Hidung Kerap bersin diwaktu pagi dan cuaca sejuk, berhingus, hilang deria bau, tersumbat, berair & kerap selsema yang berpanjangan.


Muka Gatal pada pipi, muka, jerawat, jeragat, bintik hitam.


Telinga Pendengaran semakin berkurangan.


Mulut Nafas berbau dan berkahak.


Kepala Gatal kulit kepala walaupun tiada kelemumur, migraine.


Mata Penglihatan semakin kabur.


Paru-Paru Mengalami kerosakan apabila resdung tidak dikawal dengan lebih awal.


Otak Mengalami kerosakan melalui jangkitan hama.
Emmm...bila tengok senarai kesan2 resdung ni agak menakutkan jgkkan... if x dikawal resdung mampu menjadi satu penyakit yg lebih parah... Korang tahu apa ubat yg patut aku ambik. Tadi masa dok tanya2 kat pakcik Google ni... Ada la jgk baca kat satu blog ni... Dia pi berubat kat satu kg kat Sg.Besar Selangor...rawatan buang resdung. Tapi agak menyakitkan la. Pakcik yg berubat tu guna air daun cabai (cili) ramas dgn air...then titikkan air tu masuk dlm lubang hidung...dlm 5min...pastu all the kahak kuar.... hehehehe... dia kata pedih yg amat sgt la masa pakcik tu masukkan air dlm hidung dia tu...BUT lepas tu lega.

Patut ke aku pun pi buat treatment yg mcm tu yea... haiyaaa...takut la pulok. Emmm...tiba teringat why not aku pi bangi and cuba perubatan hormopathy. Mcm menarik... Bila la pulak nak pegi ni. Kena pegi secepat mungkin sbb x tahan beb mlm ni dok garu2 hidung ni.

Oklah korang dah kul 11.45 mlm ni... Ada 3 lagi anak2ku yg masih blm belayar ni... Si kecik comel yg semakin lincah and nakal (Harith Farhan)...The one and only ank dara yg aku ada (Princess Nur Alia Qistina) and anak aku yg paling la byk ckp...si Izzuddin (sebuk dok buat baca majalah aulad yg aku beli 2 hari lepas...). Dia dah boleh baca dgn agak lancar now...huhuhuhu x sangka...sbb masa masuk sekolah on Januari tu...dia mmg x blh membaca lg... Alhamdulillah.

Oklah stop kat sini dulu lah... Si kecik tu dah masuk bawah meja makan ni ha... Mau kasik dia tidur dulu.