Monday, March 26, 2012

Resdung oh Resdung

coretan LeezaNM waktu 8:53 AM
Dah berhabuk ke dah bersawang blog aku ni... hehehe. Lama aku tak menulis yea...x ada mood nak mengarut and x de apa2 yg menarik nak share.

Tiba2 mlm ni hidung aku ni terasa gatalnya yang amat2.... huhuhu resdungku menyerang semula. Apa agaknya resdung ni yea?

Resdung (sinusitis) adalah penyakit disebabkan pembengkakan saluran hidung (sinus). Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu akut dan kronik. Resdung akut bermula daripada jangkitan virus pada saluran pernafasan diikuti dengan jangkitan bacteria. Keadaan ini menyebabkan sinus membengkak dan tersumbat. Resdung kronik pula merupakan lanjutan kepada resdung akut di mana sinus yang tersumbat itu dipenuhi cecair mukus. Seterus hidung menjadi tidak selesa. Biasanya, Resah hidung (Resdung) hanya diambil peduli apabila gejala2 di bawah dikesan.

Kesan2 (symptom) Resdung




Hidung Kerap bersin diwaktu pagi dan cuaca sejuk, berhingus, hilang deria bau, tersumbat, berair & kerap selsema yang berpanjangan.


Muka Gatal pada pipi, muka, jerawat, jeragat, bintik hitam.


Telinga Pendengaran semakin berkurangan.


Mulut Nafas berbau dan berkahak.


Kepala Gatal kulit kepala walaupun tiada kelemumur, migraine.


Mata Penglihatan semakin kabur.


Paru-Paru Mengalami kerosakan apabila resdung tidak dikawal dengan lebih awal.


Otak Mengalami kerosakan melalui jangkitan hama.
Emmm...bila tengok senarai kesan2 resdung ni agak menakutkan jgkkan... if x dikawal resdung mampu menjadi satu penyakit yg lebih parah... Korang tahu apa ubat yg patut aku ambik. Tadi masa dok tanya2 kat pakcik Google ni... Ada la jgk baca kat satu blog ni... Dia pi berubat kat satu kg kat Sg.Besar Selangor...rawatan buang resdung. Tapi agak menyakitkan la. Pakcik yg berubat tu guna air daun cabai (cili) ramas dgn air...then titikkan air tu masuk dlm lubang hidung...dlm 5min...pastu all the kahak kuar.... hehehehe... dia kata pedih yg amat sgt la masa pakcik tu masukkan air dlm hidung dia tu...BUT lepas tu lega.

Patut ke aku pun pi buat treatment yg mcm tu yea... haiyaaa...takut la pulok. Emmm...tiba teringat why not aku pi bangi and cuba perubatan hormopathy. Mcm menarik... Bila la pulak nak pegi ni. Kena pegi secepat mungkin sbb x tahan beb mlm ni dok garu2 hidung ni.

Oklah korang dah kul 11.45 mlm ni... Ada 3 lagi anak2ku yg masih blm belayar ni... Si kecik comel yg semakin lincah and nakal (Harith Farhan)...The one and only ank dara yg aku ada (Princess Nur Alia Qistina) and anak aku yg paling la byk ckp...si Izzuddin (sebuk dok buat baca majalah aulad yg aku beli 2 hari lepas...). Dia dah boleh baca dgn agak lancar now...huhuhuhu x sangka...sbb masa masuk sekolah on Januari tu...dia mmg x blh membaca lg... Alhamdulillah.

Oklah stop kat sini dulu lah... Si kecik tu dah masuk bawah meja makan ni ha... Mau kasik dia tidur dulu.

0 komen:

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea