Wednesday, July 14, 2010

Hari ni....

coretan Leeza NM waktu 7:51 PM
Hari last day mengQada puasa yg terpaksa aku tinggal di Ramadhan yg lepas. Akhirnya...sampai juga ke hari terakhirkan. hahahaha...sapa suh ganti lambatkan...kan dah kena buat marathon.

Aktiviti sepanjang mengQada puasa. Aku puasa dari hari Isnin sampai khamis...tanpa henti. jumaat, sabtu dan ahad cuti...hehehehe. Tiap2 hari posa tu aku kul 4 ptg je aku dah sebuk surf resepi...apa nak masak. Bagus jugakkan tiap2 hari cuba masakan yg tak penah aku masak before. Buat ikan siakap kukus limau, mee kari, buat puding roti marble, buat kuih lapis, buat daging masak hitam...

Semalam yg paling kelakar. Semalam plan nak buat laksa. Balik keje pegi le pasar. Beli ikan sardin, timun, salad...itu je yg tak dek kat umah. Pastu ingat nak buat tepung pelita tapi daun pisang pulak tak ada....Dah beli2 seme balik...sampai je dekat simpang yg dah nak sampai umah sekali baru teringat akak lupa beli laksa nya....waaaaa...macam mana nak buat laksa ni. Singgah petronas yg dekat ngan umah dengan harapan ada la dia jual laksa kering kat situ. Tapi hampa hanya bihun je yg ada. Dah la hari pulak hujan. eeeeee...geramnya dah 2,3 kali pusing2 pasar tu td pastu singgah mini market tp lupa jugak akhirnya.

Sampai umah anak sedara aku dah masak nasi. So masaklah daging masak hitam tu je....hari ni kena pegi pasar lagi beli laksa. Nak jugak makan laksa. Emmmm...tak sabar nak tunggu kul 5.00....Laksa tu mmg favourite aku dan keluarga. Ada sapa mengidam...mai umah k....

Sedapnyakan....
( Gambar ambik kat sini : http://www.malaysia.com/penang-asam-laksa-food.html)

2 komen:

ieYna said...

bwk mai..lerr sini..

lee-za said...

tgk kalu ader lebeh k...selalu pun aku bwk kan

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea