Thursday, July 1, 2010

Aduhai Anak...

coretan Leeza NM waktu 11:16 PM
Semalam aku tulis tentang isteri muda abgku... Hari ni nak cerita ttg kisah seorg anak sedara yg buat kepala ku sakit semalaman...hatiku x tenang...marah...geram...kesian...semua ada...sampai ke pagi tadi bila bangun...aku pujuk hati untuk buang masalah tu jauh dari kotak fikiranku.

Sedang blog walking tadi jumpa entri ni ... pulanglah-dik . Actually aku tak kenalpun empunya blog tapi terpanggil utk link kan kalau2 lah ada yg baca blog ni terjumpa adik Noor Amelia Syatieera Shamsudin ni. Bila baca cerita ttg adik Noor Amelia Syatiera Shamsudin ni teringat balik tentang kesah si anak sedara ku semlm.
Semalam hampir 1 jam aku di parking bercakap telefon dgn anak sedara sorg ni yg dah hilang akal ni (geram aku belum habis). Puas sudah aku nasihatkan dia semalam. Entahlah pening kepala aku. Sedih mengenangkan kakak aku yg cuma ada sorang itulah anak tapi bila dah dewasa itulah balasan yg dia dapat. Harap kakak aku kuat menghadapi dugaan tuhan. Berdoalah padaNya penentu segalanya. Moga Allah permudahkan jalan untuk kita ya kak.
Pada anda di luar sana bersedialah untuk menghadapi masalah2 sebegini. Sebab bila kita berdepan dengan masalah begini kita perlu bijak menghadapi dengan fikiran yg waras dan hati yg tenang...takut nanti kita turut tersungkur.

1 komen:

jie @ azie said...

anak tu ujian & dugaan utk kita kak liza.. masa kecik ni bolehla lg handle kalau dah besar dah berkwn2 tak tahu la mcm mana..

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea