Sunday, June 27, 2010

Pengasuh Anak2ku nak berenti..............owhhhh....

coretan Leeza NM waktu 8:01 PM
Pengasuh anak2ku yg juga sebenarnya anak sedara ku telah menyatakan hasratnya utk berenti last week. Emmmm....apakan daya...dia tanya pendapat aku...well apa patut aku kata...TERPULANG...tapi dalam hati tuhan je tahu. Actually aku dah dapat agak dari dulu soon dia mmg akan cakap jugak...then masanya dah tiba so aku terpaksa hadapinya dgn tenang.

Dari anak yg sulong sehinggalah anakku yg ke-4 mmg tak penah la diorg ni ditempatkan di nursery...atau taska atau sebarang pusat jagaan yg seumpama dengannya. Masa ADLI lahir..habis je pantang hubby dah dapatkan pengasuh utk anaknya yg rumahnya tak jauh la dari umah aku. So tahap penjagaannya amatlah baik sekali...so sehinggalah anak yg ke-4 kami mengekalkan penjagaan ank di bawah jagaan Kak Na ( nama pengasuh kitaorg ni). Makan pakai anak seme selesa di sini.

Kak Na cuma jaga anak2 aku je...so layanannya mmg agak istimewa sekali la. Sampai apa anak aku nak makan dia akan masakkan terutama kalau anak aku yg sulong tu ( ADLI) yg request la.... Bila pindah ke PUTRAJAYA terpaksalah pikirkan alternatif lain sbb umah pengasuh dan rumah sekarang mmg jauh la kan. So aku offer anak abang aku yg sulong duduk ngan aku and menjaga anak2 aku..and of course la dgn berbayar la kan. So nampaknya hanya bertahan selama 7 bulan la. So bulan 8 ni anak aku perlu dihantar ke taskalah nampaknya.

Nak ambik org gaji !!!!!hahahaha...mmg aku tak cukup keberanian...dgn cerita2 maid yg tak enak di dengar ni...aku tak nak menmbah masalah aku dgn karenah bibik ni...kalau dapat yg OK alhamdulillah...tapi nasib tak baik...pening kepala dibuatnya...Biarlah aku penat skit...janji keselamatan dan kesihatan anak2 terjaga.

Bagi aku...Aku kena terima seme ini dengan hati yg redha. Pastinya utk sebulan dan 2 bulan yg pertama anak2 akan meragam terutama si IMAN dan Qistina yg mmg tak nak dengan org...aku perlu bersedia mental dan fizikal utk lalui situasi ni. Jadual rutin harian pasti akan berubah...aku dah start berfikir2 dari sekarang...

Minggu depan nak pegi usha taska tu...harga belum confirm. Harap2 semenya berjalan dengan lancar....Bulan 8 ni bulan puasa pulak tu....hehehehehe....Cabaran ibu bekerjayakan. Banyak betul dugaan tahun 2010 ini...Tuhan berikan aku kekuatan...Akan ku lalui segalanya...Aku tahu aku mampu.

0 komen:

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea