Thursday, June 24, 2010

UPSR DIBUBARKAN....setuju @ tidak

coretan Leeza NM waktu 10:44 PM
Perbincangan tajuk agak ketinggalan tapi aku nak sentuh jugak. Aku tak paham kenapa perlunya dibubarkan UPSR ni...sepatutnya diperkemaskan lagi. UPSR satu2 peperiksaan yg akan menilai prestasi pelajar sekolah rendah. Memanglah peperiksaan semasa jugak boleh menilai tapi kesannya tidak sama. Ketekunan menghadapi peperiksaan besar dan peperiksaan biasa berbeza sama sekali. Bukan sahaja pada anak2 jugak pada ibubapa.

Ap aku tak paham kenapa perlu dibubarkan...Untuk lebihkan tumpuan kepada ko-kurikulum???? Ahhhhh....Aku dulu pun aktif sukan jugak...persatuan pun aktif jugak tapi tak ada masalah pun. Tambah pulak pelajar2 sekarang dah maju ke depan. Masuk darjah satu...bukan macam darjah satu 10 tahun lepas jadi tidak ada masalah langsung.

Sepatutnya yg baik kiter kekalkan yg kurang itu kiter tingkatkan. Kalau buang terus sesuatu yg dah mmg mendatangkan kebaikan semata-mata nak baiki kelemahan...Itu bukan cara yg betul. Kiter bukan akan mendapat kelebihan sabaliknya kerugian. UPSR itu seumpama hala tuju para pelajar...kalau hala tuju tak ada...u all boleh bayangkan ke macam mana???? Kenapa diperingkat universiti pun exam tu dibuat setiap semester...kerana utk mengekalkan momentum pembelajar itu sendiri. Kalau pelajar universiti perlukan exam setiap semester..inikan pulak anak kecil yg belum paham tentang penting ilmu dan masa hadapan.

Aku harap sangat perkara ini tidak akan terjadi...

0 komen:

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea