Showing posts with label cerita-cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita-cerita. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Hi-tea Taska Permata Kemas Bunga Kantan

coretan LeezaNM waktu 7:18 PM 0 komen
Salam semua.

Entry ni simple entry je sebab ai busy hari ni. So tak mau melalut-lalut la kan. First time la aku attend Hi-tea ni sbb Farhan (anak ke 5 ai tu) baru join this taska last year. Itu pun kebetulan taska lama dia nak tutup so kitaorg mohon ihsan pengerusi taska kemas ni masukkan anak kitaorg ke situ dan nak dijadikan rezeki ada la pulak kekosongan. Alhamdulillah. 

Korang layan gambar je la yea. Aku pegi dengan anak2 je. so tak de sangat gambar... aku bukan suka sangat selepie-selepie ni, almaklum la muka ai ni tak de comel sangat... so gambar ni aku kutip dari fb taska.


@ Hotel Bangi - Putrajaya
Lokasi kejadian
Ucapan alu-aluan la kot... masa ni ai tak sampai lg..hihuhihu
Barisan cikgu2

Hadirin yg sampai awal... biasalah tu...

Ha...hambik kau... ni bukan dah nak balik tau... ini baru sampai.
en. badut untuk layan anak2
cenderamata utk ibu n ayah
emmm...bukan cabutan bertuah..tapi tukar2 hadiah je.
Dapat cadar ANGRY BIRD.
 oklah jugak untuk katil ank bujangku


Jemaah yg hadir.


Sekian untuk tatapan. Tahun depan ada lg la entry yg macam ni sebab tahun 2015 anak si Farhan masih di taska ni. Harap2 dengan setinggi-tinggi harapan yg menggunung...2016 Alif Luqman boleh mewarisi kouta abangnya.. kikiki. ye..ye je kan. Klu ada rezeki tidakkan lari gunung yg dikejar. ameen.

Caucincau. Bye.

Nukilan by me | LeezaNM

#aijualshaklee






Monday, February 9, 2015

Pertama kali melangkah ke UPSI

coretan LeezaNM waktu 7:07 PM 0 komen
Assalamualaikum.

Episod yang tidak diduga. Kadang2 kiter ni merancang hari2 kiter namun kejadian pada hari tersebut tak dapat kiter tentukan. Macam tulah yang terjadi pada hujung aku yg lepas.

Hujung minggu lepas sepatutnya hanya ada Majlis Hi Tea untuk Taska Farhan sesi 2014 yang telah berakhir. Hi Tea tu diorg buat di Hotel Bangi - Putrajaya . Not bad majlisnya. Makanan ok. Suasana pun ok.

Habis majlis singgah PKNS sebab nak carik seluar panjang untuk Farhan. Kebiasaan terjadi... yang tak ada dalam senarai barang yg nak dicari pun telah menjadi tangkapan sekali. So petang tu hasil tangkapan seluar panjang Farhan dapat 3 helai sebab sehelai RM10 je so ibu rempat 3 helai. Seluar Aneesa bum..bum sehelai...baju Aneesa bum...bum...sepasang...pun RM10 jugak. Ada lagi...yg bukan RM10...kikikiki... Baju Aneesa 2 helai RM9.90 sebab comel dan rege pun berpatutan. Then t-shirt Farhan 2 helai...t-shirt Alif 1 helai...baju Alif 2-pasang...total up... RM164.00. Beli sbb diorg dah mmg x de baju...sbb all the baju waris mewarisi... so ada yg sgt tidak bersesuaian untuk digunakan lagi... hihihihi... mcm ni lah kalu ank ramai. Selagi boleh berjimat so I have to. So RM164.00 tu...3 pasang baju, 4 helai seluar, 3 helai t-shirt. Ok tak uols.????

Balik dari Hi-Tea...smpi umah dah maghrib gitu. Lepas solat...masak...makan dan duduk lepak...and plan untuk esok. Pagi2 nak settlekan kain baju sekolah anak yg belum dibasuh tangan itu... udah direndam dengan Basic-h Shaklee pagi tadi. Pastu esok jugak nak mengemas bilik anak dan melipat gunungan kain baju yg dah menjadi banjaran gunung titiwangsa gitu.

Tup..tup...kul 12.30 tu...my anak sedara Angah Afiq wassup...
esok cu pi mana tak????
Dalam kepala dok ingat di nak mai lepak2... owh ok la kan... so aku jawab
 esok dok umah je.
Sekali
Abi tanya boleh tak esok temankan Aman register UPSI kat Tanjung Malim.
Kihkih...aku terus teringat nun baju sekolah anak belum bercuci. Namun aku jugak kena ingat, my brother yg si Angah called ABI tu... satu-satu my abang yg bersusah payah time aku belajar dulu. Dari zaman aku dok asrama di Gerik then aku sambung belajar @KUSZA, Terengganu jugak semasa aku sambung my degree @UKM. Dia seolah2 ayah ke2 untuk aku. So tak mungkin TIDAK lah jawapannya. Lagi pun abang aku ni terpaksa mintak tolong sebab dia sekarang berada @ Sg. Petani...kerana mlm semalam anak sulongnya melahirkan cucu sulong. Emmm... Tiba2 hari Ahad aku ke Tanjung Malim lah. Settle wassup2.. bangun pegi bilik air... basuh baju sekolah anak la ...apa lagi kan.

Sampai UPSI jam 9.30 pagi. Aman dapat Kolej Aminudin Baki, Kampus Proton City. Kampus baru. Banyak hostel baru la. Tapi Aman dapat Kolej tertua di situ. Namun persekitarannya masih ok. Hantar Aman naik asrama...kemas2... 1 rumah ada 3 bilik. Ada hall. Ada bilik mandi. Ada ruang dapur jugak. Ada balkoni. Just like an appartment. Kemas2 barang dia kitaorg pegi makan tengahari... kul 12.30 tghari dia dah ada aktiviti so kul 12.20 tghari kitaorg pun balik.

Kolej Aminuddin Baki

Penginanpan student yg baru





Otw back to KL... singgah lak ke Bukit Beruntung. Satu lagi unexpected plan. Singgah ambik set tilam baby. Aku tempah set tilam baby untuk bakal cucu bekas pengasuh anak aku kat kajang dulu. Dah singgah2 melepak2 la pulak. Kul 6 ptg baru gerak balik. Kul 7 mlm sampai Kota Damansara anta Angah Afiq. Then terus ke Putrajaya.

Kepenatanlah kan. Tapi ada kepuasan disitu kerana dapat membalas jasa2 my abang. Banyaklah kerja2 yang tertangguh. Kena plan semula untuk melipat kain baju yg bertimbun.

#sedang cuba untuk memastikan umah sentiasa kemas wp ramai rakyat2 kecil. Nak cuba displinkan anak2.

Monday, January 26, 2015

My Wish List Jan 2015

coretan LeezaNM waktu 11:19 PM 0 komen
My wish list...

Saya nak make sure susun atur rumah saya mulai tahun ini lebih teratur. Budget sepatutnya memang tiada lebihan untuk any deco. Walau bagaimana pun... Saya akan cuba adakan TABUNG DECO BUDGET.
So untuk tabung itu... saya akan buat wish list utk tabung tersebut.

Hanya item2 budget sahaja yang boleh join the list.


RM 19.90

RM39.90

RM24.90
 So untuk bilik anak2 tak perlu beli almari.... just pakai clothes hanger di je di samping rak baju yg sedia ada. So baju2 sekolah boleh gantung saja kan.... Settle wish list ni nanti kiter lancarkan wish list second edition. Macam ni la kalu berfamily yang besar ni... kena berdikit2... berjimat cermat. Kikikiki.

Dulu ibu selalu shopping kasut la beg la... now no more maaa... Tak pa...tak pa semua ni pun amanah. Ada ganjaran untuk saya disana nantikan. Anak ni harta paling berharga. Saya mungkin paling kaya dari mereka yg berharta jika harta saya ini saya jadikan satu pelaburan yg halal. Hahahahaha berbelit-belitkan. Janji saya tau apa yg saya maksudkan. Klu uols tak paham abaikan saja.

Hope saya dapat capai wish list saja by end of FEBUARI 2015.


Sunday, January 11, 2015

Azam tahun baru

coretan LeezaNM waktu 7:49 PM 0 komen
Assalamualaikum semua.

Tahun baru dah mencecah minggu yang ke2. Cepatnya masa berlalu. Tahun ini 5 orang anak saya dah memasuki alam persekolahan... 4 di sekolah rendah sorang di tadika. Tinggal 2 orang lagi di Taska.

Azam Tahun Baru

Bila masuk je tahun baru mula2 sekali yang biasa kiter terpikir... Apa azam tahun ni??? For me tak ada apa2 azam2 lagi. Tahun saya nak sesuatu yg lebih realistik. Saya dah senaraikan beberapa perkara yang saya nak buat tahun ini mengikut keutamaan. Dan saya mulakan. Nak tahu apa antaranya. Saya akan share beberapa item yg general saja la kot. Sbb mostly yg lain personal things. Sbb tahun ini saya cenderung untuk melihat kepada diri saya dan kemudian barulah keluarga. Mana mungkin kiter mencorakkan orang klu diri kiter sendiri tiada warna... hehehehehe bermadah la pulak. Paham ke apa maksudnya. Paham2 sendirilah yea.

Budget

Ini adalah perkara utama yg saya senaraikan dalam list saya. Saya nak tahun ini saya plan betul budget saya supaya end of this year saya ada saving. Ekonomi rumahtangga saya agak kucar kacir 4/5 tahun ini sbb hanya saya sorang yg berpendapatan tetap. Husband kerja sendiri... emmm... jadi mmg tak boleh nak kira sangat income dari dia. So untuk tahun ini saya anggap income saya sajalah sebagai sumbernya... Sebulan dua ini saya dah membaca dan banyak berfikir apa patut saya buat and adjust supaya budget yg saya ada itu bersesuaian dengan perbelanjaan. Kata seorang kawan... saya cuma ada 2 pilihan. Sama ada saya kurangkan perbelanjaan @ saya tingkat pendapatan. Jadi saya dah buat keputusan untuk ambik dua2 pilihan itu. Hehehehehehehehe. Hebat x??? 

Macam mana nak kurangkan perbelanjaan ?
  • saya dah tukar pakej astro saya dari RM98 -> RM66++ 
  • saya tukar taska anak saya dari RM700 -> RM530/sebulan (untuk 2 org )
  • no more makan luar except hari2 pasar malam jika perlu untuk tukar selera hheheehehehehehe
  • dan hari2 outing.
  • arrangge masa outing... sekali sebulan...utk elakkan budak2 rasa bosan. @ pilih outing2 yg lebih menjimatkan.
  • pembelian2 makan, pakaian dan lain mesti dibuat secara terancang supaya dapat lebih penjimatan jika ada sale.
Macam mana nak tingkatkan pendapatan ????

  • Fokus dengan bisness Shaklee buat apa yg org2 yg dah berjaya buat. Klu orang lain boleh buat kenapa kiter tidak. (yakin Haliza...yakin.... kikikikiki. Ini part paling susah nak lawan diri sendiri.) 
  • Sebelum buat Shaklee saya ada buat Mary Kay dan Biz tudung Chenta Qaseh. - akan teruskan kedua2nya sebab ada potensi yg baik untuk dapat more income.
Itu bab budget.

Pengurusan Masa. 

Ini adalah part yang saya selalu GAGAL. Pengurusan masa. Part ini jugak saya dah buat listing khas. Saya mulakan dengan pengurusan waktu solat. Saya rasa kalu saya mampu uruskan waktu solat saya dengan tepat maka saya pasti mampu uruskan yg lain kerana segalanya bermula dari dalam.

Menguruskan 7 orang anak-anak kecil memang bukan sesuatu yang mudah. Namun saya tidak mahu menjadikan ianya satu alasan. Saya nak cabar diri saya tahun ini untuk menguruskan masa mengikut jadual. Bermula seawal pukul 5 pagi dan masuk tidur seawal pukul 11.00 mlm.

Bagaimana nak menguruskan masa... saya sediakan list secara general rutin harian yg MESTI saya lakukan tanpa gagal setiap hari dan saya nilai pencapaian saya pada hari berikutnya serta cuba baiki terus kelemahan itu. Seawal 1 hb saya telah mulakan cabaran ini 60%. Kenapa bukan 100% ? kerana diawal minggu lepas anak2 belum ke sekolah. Banyak jugak kelemahan yg sukar untuk saya atasi... namun saya tidak akan berhenti mencuba oppps bukan mencuba but berUSAHA

Nak Berjaya

Misi saya tahun ini NAK BERJAYA. Berjaya apa? Paling utama mengubah diri saya. Kedua berjaya dalam bisness saya. Seterusnya berjaya dalam misi2 saya.

Demi Masa Sesungguhnya..

Hidup ini adalah perjuangan. Jadikanlah dunia ini sebagai sahabat kamu untuk mendapatkan syurga. Janganlah kamu meninggalkannya. Kuasailah pelbagai bidang di mana dengannya kamu dapat memakmurkan bumi. Hanya di tangan orang-orang soleh dan solehah dunia ini akan menghentikan tangisannya..


Monday, March 26, 2012

Resdung oh Resdung

coretan LeezaNM waktu 8:53 AM 0 komen
Dah berhabuk ke dah bersawang blog aku ni... hehehe. Lama aku tak menulis yea...x ada mood nak mengarut and x de apa2 yg menarik nak share.

Tiba2 mlm ni hidung aku ni terasa gatalnya yang amat2.... huhuhu resdungku menyerang semula. Apa agaknya resdung ni yea?

Resdung (sinusitis) adalah penyakit disebabkan pembengkakan saluran hidung (sinus). Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu akut dan kronik. Resdung akut bermula daripada jangkitan virus pada saluran pernafasan diikuti dengan jangkitan bacteria. Keadaan ini menyebabkan sinus membengkak dan tersumbat. Resdung kronik pula merupakan lanjutan kepada resdung akut di mana sinus yang tersumbat itu dipenuhi cecair mukus. Seterus hidung menjadi tidak selesa. Biasanya, Resah hidung (Resdung) hanya diambil peduli apabila gejala2 di bawah dikesan.

Kesan2 (symptom) Resdung




Hidung Kerap bersin diwaktu pagi dan cuaca sejuk, berhingus, hilang deria bau, tersumbat, berair & kerap selsema yang berpanjangan.


Muka Gatal pada pipi, muka, jerawat, jeragat, bintik hitam.


Telinga Pendengaran semakin berkurangan.


Mulut Nafas berbau dan berkahak.


Kepala Gatal kulit kepala walaupun tiada kelemumur, migraine.


Mata Penglihatan semakin kabur.


Paru-Paru Mengalami kerosakan apabila resdung tidak dikawal dengan lebih awal.


Otak Mengalami kerosakan melalui jangkitan hama.
Emmm...bila tengok senarai kesan2 resdung ni agak menakutkan jgkkan... if x dikawal resdung mampu menjadi satu penyakit yg lebih parah... Korang tahu apa ubat yg patut aku ambik. Tadi masa dok tanya2 kat pakcik Google ni... Ada la jgk baca kat satu blog ni... Dia pi berubat kat satu kg kat Sg.Besar Selangor...rawatan buang resdung. Tapi agak menyakitkan la. Pakcik yg berubat tu guna air daun cabai (cili) ramas dgn air...then titikkan air tu masuk dlm lubang hidung...dlm 5min...pastu all the kahak kuar.... hehehehe... dia kata pedih yg amat sgt la masa pakcik tu masukkan air dlm hidung dia tu...BUT lepas tu lega.

Patut ke aku pun pi buat treatment yg mcm tu yea... haiyaaa...takut la pulok. Emmm...tiba teringat why not aku pi bangi and cuba perubatan hormopathy. Mcm menarik... Bila la pulak nak pegi ni. Kena pegi secepat mungkin sbb x tahan beb mlm ni dok garu2 hidung ni.

Oklah korang dah kul 11.45 mlm ni... Ada 3 lagi anak2ku yg masih blm belayar ni... Si kecik comel yg semakin lincah and nakal (Harith Farhan)...The one and only ank dara yg aku ada (Princess Nur Alia Qistina) and anak aku yg paling la byk ckp...si Izzuddin (sebuk dok buat baca majalah aulad yg aku beli 2 hari lepas...). Dia dah boleh baca dgn agak lancar now...huhuhuhu x sangka...sbb masa masuk sekolah on Januari tu...dia mmg x blh membaca lg... Alhamdulillah.

Oklah stop kat sini dulu lah... Si kecik tu dah masuk bawah meja makan ni ha... Mau kasik dia tidur dulu.

Sunday, March 11, 2012

Hepi Belated Birthday To Me...

coretan LeezaNM waktu 9:23 PM 1 komen
Well...9 Mac lepas umurku dah bertambah lagi... Emmm...Tertanya sendiri... apa yg aku dah capai diusia ku ini... :) ...

Status sekarang :

1. aku dah jadi apa yg aku nak jadi (cita-cita...kerjaya sekrg...mmg sesuatu yg tersenarai dlm senarai cita2..hehehehe)
2. Dah pun berkahwin
3. Dah pun mempunyai cahaya mata.
4. Dah ada anak lelaki...dah jugak ada anak perempuan...

Apa yg belum aku capai ???

1. Sebagai hamba Allah masih terlalu byk ilmu Allah yg perlu aku pelajari bagi menjadikan aku hamba Allah yg baik...
2. Aku masih blm jadi ibu yg terbaik utk anak2... masih byk sikap2 yg tak baik yg ada pada aku perlu aku perbaiki utk menjadikan aku contoh dan pendidik yg baik pada anak2...
3. Kewangan... ini pun berat jgk ni... aku kena kerja lebih kuat lagi untuk menjamin kewangan keluarga lebih baik.... pun kena belajar dan berlajar lagi... walaupun sepatutnya dalam usia aku ni sepatutnya dah stabil kewangan..tp tak pa...aku x boleh putus asa...aku harus percaya...rezeki Allah yg terbentang luas ini masih ada untuk aku dan anak2... nak senang...kena usaha...x ada rezeki yg datang bergolek...

Rasanya setakat ini 3 perkara penting ini sahaja yg aku nak sgt aku capai... usia bukan lagi muda...jadi selain bersedia utk hari2 mendatang perlu jgk bersedia utk kembali kepadaNya... Ajal dan maut di tangan Allah...

Semoga hari esok aku lebih baik dari hari semalam. Ya Allah berkatilah usiaku. Hidupkanlah aku di dalam IMAN dan matikanlah aku di dalam IMAN. Amin.

Wednesday, June 2, 2010

Hari yang membosankan...

coretan LeezaNM waktu 2:20 AM 0 komen


Hari ni...hari yg membosankan. Sakit tekak dah ok skit...sbb semlm dah telan ubat. Tp kena hati2 gak ni...kena minum ais je...huhuhu.




Bosannyer hari tak tahu aku nak buat aper...pagi2 datang sentuh programming...sampai bila sangkut kat satu tempat tu. Aaaaaaaa...malasnya nak pikir...bukan tak boleh pikir but MALAS. Do know y???? Tutup bukak fb...sambil ym ngan member lama. Tak dek citer best pun. Tak dek idea nak sembang apa.

Lunch...ingat nak makan maggi je. Jiran kat depan ajak pi cafe gak beli makan. Follow je la...sian kang aku makan maggi dia teringin pulak. Dia pegnen...tak elok makan maggi...aku pun tak elok gak kan...radang tonsil kan tak baik lagi.

Pegi blog2 sini..sana...baca itu dan ini...muka ni dah jadi muka seposen dah...


Kul 5 member call suh ubah kete kat parking...sbb ada org dah tolak2 kete aku smpi kat tgh jalan then org dah tak boleh lalu. Waaaaaaaaaa...rasa nak jerit. Ahhhhh...malas lah nak turun...kang kena naik then turun pulak utk balik. Dah la x ader mood sepanjang hari...bertambah le bad mood biler jadi mcm ni. Mesti la ader org tolak2 kete aku tu sbb diorg x dek parking. Tolak kete org kuar supaya diorg boleh parking..SELFISH punya manusia kan. Marahnyaaaaa....
Kat opis ni...kat parcel **** ni masalah parking mmg kritikal betul. Pastu buat pulak perubahan mendadak yg langsung tak pikir effectnya pada pekerja. Tiap2 hari datang kerja dalam keadaan tension takut tak ada parking... Dah beberapa bulan aku datang and balik kerja berjemput...eee tak bebas betul. This month aku drive balik...hari susah giler nak parking tp boleh jgk menyempit sbb kete aku comel je...
What everlah...i'm going back now...nak singgah pasar dulu...balik masak...release dgn memasak...hahahaha boleh ke...boleh2x... babai.








Tuesday, June 1, 2010

Tonsillitis.....radang tonsil

coretan LeezaNM waktu 4:45 PM 2 komen
Dah hampir 3 bulan sakit tekak...sakit kepala dan demam. Dah 4 x kali tukar antibiotik but still tak sembuh jugak. Sembuh le sekejap dlm seminggu then kena balik. Kalu pegi jumpa doktor then doktor kata ooooo...u punya tonsil dah bengkak...dah merah...dah menanah...u demam sebab infection dan jugak akan menyebabkan u sakit kepala jugak.

This week it's come again. Dah 2 hari suffer sakit kepala...sakit tekak...and badan rasa2 mcm deman.

Apa itu tonsil ??? Tonsil ini sebenarnya 2 kelenjar yg terdapat di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orafarinks) @ pangkal leher. Tugas tonsil adalah menahan serangan virus @ bakteria. Apabila ia mengalami radang @ inflamasi dan membengkak ianya boleh menyebabkan saluran penafasan tertutup @ terganggu. Bagi mereka2 yg mempunyai masalah jantung kebengkakan yg terlalulu besar boleh menyebabkan jantung tidak dapat menerima oksigen yg secukupnya. Bahaya tau...so jgn pandang remeh tau.

Last month...a week before aku nak kena pg ke BTN selama 5 hari my husband warded... because of tonsillitis... di Pusrawi Jln Tun Razak...mula2 tu kitaorg tak tahu pun dia kena radang tonsil ni. Weekend tu di ada jamboree bicycle di kulim. Balik dia demam teruk sgt... before this dia selalu demam... sakit kepala.. sakit tekak... dari ubat2 yg dia selalu ambik la... tp x penah di mention kat aku doktor sebut pasal radang tonsil ni. Bila dia warded... malam tu kebetulan masa aku kad doktor pakar teling, hidung dan tekak Hospital Pusrawi tu mai check my husband. Bila dia suh my hubby ni nganga dia pun terkejut...ayat tekeluar dr mulut " why u simpan sampai besar mcm ni... i don't expect besar mcm ni...". ooo...hati aku kata besar sgt ke doktor ni. Why before this tak dek doktor mention pun seserius ini... then doktor ni sambung... " u have to remove this... nanti dia akan tutup saluran penafasan u..." OMG sampai mcm tu sekali ke....
Hubby aku warded hari selasa ... Jumaat baru dia operate...sbb dia takut...hahahaha...aku rasa la... Operate kul 10... kul 5 ptg dah boleh minum air ais... Emmmm...teruknya...sakit beb... Suffernya my husband nak telan air tu... 2/3 kali dia try utk telan tp tak jadi..last...dia telan jugak...lepas minum tu skit2....dia batuk mak aiiii...kuar ketul2 darah...may be darah2 yg tinggal kat dalam kerongkong tu kan...ketarnya aku tolong tadah darah2 tu...gigil2 rasa mcm nak pitam. Pastu mulut dia rasa sakit...may be sbb masa operate tu diorg renggangkan mulut dia kan...so dia rasa lenguh la tu...aku tolong la lap2 kan darah2 yg kering kat lidah dia..sbb dia rasa tak selesa...walau pun takut...lap je lah....

Haaaaa... now husband dah ok... baru last week start keje. Yg tak oknya aku la... sakit lagi. hahahaha... mcm mana... nak operate jugak ke... oooo...tidak...selepas aku tengok husband suffer giler berani ke aku.... macam mana ni... hari ni mesti nak kena pegi klinik lagi... ambik ubat lain. Tukar antibiotik lagi... Tapi macam nak singgah ke klinik hormopati jugak kat Bangi tu. Aku suka gi klinik tu. Manalah tahu... nak diizinkan Allah kan. Ingat lagi dulu lepas keguguran anak pertama setahun tunggu...tak pregnant2 pun ....pastu gi situ...2 x ambik ubat...alhamdulilah...dapat anak la si ADLI tu. Segalanya dengan izin Allah la.

Tapi moral of the stories...jgn pandang ringan dengan radang tonsil ni tau...bahaya...ha.... Moga aku boleh pulih...tanpa perlu remove this tonsil...

Tuesday, May 25, 2010

Menghitung masa dan amalan.

coretan LeezaNM waktu 10:54 PM 1 komen
Tahun 2010 telah 5 bulan berlalu... sekejap je kan. Apa agaknya yang kiter dah capai taun ni...huhuhu... Imbas kembali ye... Banyak sangat perkara yang nak teman lakukan taun ni. Walaupun tak adalah perancangan yang terperinci...atau pun azam taun 2010...tp sesuatu yang teman rasa nak teman lakukan taun...

Taun ini teman nak amalkan pengurusan kewangan keluarga dengan lebih baik. Dalam tempoh 5 bulan teman telah cuba sebaik mungkin mengoptimumkan penggunaan nilai ringgit pada keluarga. Telah berjaya menyelesaikan pembayaran bil2 setempat secepat mungkin. Telah berjaya mengaturkan budget setiap bulan supaya perbelanjaan terancang. Membeli mengikut keperluan. Taun lebih banyak makan dirumah. Ini pun satu penjimatan jugakkan. Emmm...lagi satu akhirnya aku berjaya jugak dapatkan freelance work...utk tambahan income. Taun ini prestasi kewangan mmg amat2 meruncing disebabkan masalah2 yg teman lalui taun lepas...tapi Alhamdulillah...walaupun agak tenat...masih boleh bertahan.

Taun ini jugak teman telah berhasrat...dan bertekad nak masak2 all the time supaya keluarga dapat diberi makan hasil dari air tanganku ini. Moga2 diberkati keluarga...aman dan bahgia. hehehehe...Teman ni idok le pandai memasak kerana teman ada 2 kakak yg rajin dan mak yg rajin juge. Jadi teman sorang le yg malas...jadi teman selalu le ngelat utk turun ke dapur masa dolu-dolu...teman idok le ader skill mcm kakak teman tu...jadi taun ni teman telah menyimpan seribu harapan...utk memasak2x je utk keluarga. Buat kuih petang2... Hasilnya teman udoh le pandai... Mak teman belikan teman periuk kukus..so teman doh pandai buat tepung talam....5 x doh teman buat...buat stim ikan...buat nasik lemak kukus ....ha...boleh pun kan... rasa puas sangat hati...

Teman berhasrat sangat make over rumoh dan kete... yang ni belum dapat teman laksanakan lagi... sebab belum ader budget. Bab ni kena buat perancangan teratur skit kot sbb utk hasrat yg ini...belanjenye...utk kete ni teman mmg tak pandai tp teman nok juga uruskan sendiri...supaya lepaih teman jadi pandai. Sian sangat teman tengok kete tu...udoh x bermaye rupernyer....sabor ye...nanti kiter make up skit...utk rumoh pulok...teman mmg tak pandai juger nak mencantikkan rumoh ni..tp teman udoh le bace dan survey2 mane yg patut...biler ader budget nanti baru teman nak pikir secara serius... kalu bab nak beli2 mmg tak buleh pikir2 sgt...lagi di pikir...lagi bayok pulok brg yg rasenyer kene teman beli...ngarut betoi.

Sambung belajo. Hasrat teman yg ini...tak dapek le teman nok laksanekan taun ni kerana banyak sangat bende yg perlu teman buat taun ni. Walau bagaimanapun...teman akan survey2x dan tengok2x course yg sesuai dengan teman. Kalu berupaye teman sambung taun depan idok le tercari-cari lagi kan. Belajo buat roti dan menjahit. Hahahaha mcm kelakar...tp teman nok juge buat yg ni. Geram beno teman biler ke blog2x kawan yg pandei menjahit...eeeee...biler le teman boleh mula ye. Nak buat yg simple2 utk anak dara teman je le... idok le belajo dgn serious...teman bukannya suka sgt mejahit ni...tp saje suka2 je. Idok le sampei nok buat baju sendiri...Belajo buat roti ni...sbb nok tamboh skill. Yang ni may b bulan 10 or 11 nanti le...sbb kena pegi kelas.

Haaaa..penatkan banyok betoi berangan2 nak buat itu dan ini....tak pe...janji berangan sesuatu yg baik...tak pe kan...kalu dapat laksanakan satu kejayaan kalu x dapek cube lagi taun depan kalu dipanjangkan umur dan rezeki.

Sebut bab belajo2x ni teman juge terlintas taun ni teman nok belajo agama balik. Bukan aper kawan2x...kiter ni kena selalu belajo bab agama ni...supaya jadi lebih baik. Mana yg TERlupa jadi ingat semula. Mana yg silap dapat kiter betoikan...yg tak tahu jadi tahu. Mula2 teman belajo online dulu kan...sbb nak pegi kelas mungkin belum sempat. Kalu tunggu kesempatan itu entoh biler datangnyerkan...melalui online pun banyok tempat yg boleh kiter rujuk...cthnyer http://www.zaharuddin.net. Dalam keadaan dunia sekarang ni teman raser elok kiter seme belajo dan belajo balik...sbb banyok bende yg kiter tok tahu ni kan.

Ada lagi...taun ni plan jugak utk keje...plan taun ni nak buat sebaik mungkin. emmm...utk 5 bulan yg dah berlalu ni...teman puas ati le...banyok juge keje yg teman udoh buat...tp banyok jugok lg yg perlu teman tambah baikkan lg...

Taun2 yg lepas teman rase banyok sangat kerugian yg telah teman buat dalam segala hal. So bermule taun teman udoh bertekad mulekan hidup baru dgn semangat baru. Teman tok mahu lagi lihat ke belakang...nok baiki segale kemahan dan kesilapan yg penah teman buat. Teman nok idop teman lebih bermakna taun ini dan taun2 akan dtg.

Ade beberapa perkara yg teman perlu beri perhatian mulai tahun ini dgn lebih serius :

1. Ibubapa teman... (teman mahu lebih menyayangi diorg...)
2. Suami
3. Anak2..
4. Diri sendiri
5. Kerjaya
6. Pendidikan
7. Kewangan

ada satu lagi le...

8. agama...(pengetahuan dan amalan juge...)

Habeh je taun teman nak pastikan seme perkara berkaitan 8 perkara ini berjaya perbaiki sebaik mungkin. Kiter ini bukan perfect...itu betui...tp kiter kena berusaha buat yg terbaik walaupun tidak sempurna.

Sampei sini jelah...lg 5 bulan lg teman ulas lagi...bukan ape...bila teman tulis2 ni pade mase yg same teman mengingatkan diri teman balik aper yg teman doh buat taun ni...seumpame teman muhasabah diri le...cuma teman luahkan pade kome2x semua apa yg teman berkate2x di hati teman ini....kome paham ke...kalu idok biorkan aje le.

Akhir kata sentiasa menilai diri kiter...penilaian semula manjadikan kiter lebih bernilai... Insya-Allah

Monday, May 24, 2010

Anda Minat Membaca ?

coretan LeezaNM waktu 11:22 PM 1 komen

Bagi yang minat membaca leeza suggest u all beli buku secara online di Kedai-Buku.com. Fungsi kedai buku ini sama dengan kedai-kedai buku biasa dan kelebihannya kiter boleh mendapatkan bahan bacaan tanpa perlu keluar mencarinya di kedai.


Pelbagai ketegori buku terdapat di sini... selari dengan pasaran semasa so jomla jalan ke Kedai-Buku.com

Thursday, May 20, 2010

Cuti Amah Kekal...

coretan LeezaNM waktu 11:30 PM 2 komen
Heeee...Geram betul dgn tajuk berita ni...kawan2 boleh rujuk berita harian...muka depan click here ...tajuk ni betul2x buat hati ni geram. Walaupun sepanjang hajat menjadi isteri n anak ni aku belum le lagi menggunakan khimat amah ni...tp mcm2 cerita dah kiter dengar tentang musibah yg dibawa oleh diorang ni...eeee...

Kenapa ye...cerita yang mereka didera dibesar2xkan tp cerita mereka lari...mereka dera anak2 kiter....diorang tinggal anank2 kecil kiter begitu sahaja...diorg curik harta bende kiter...ada yg laki dicuri pun ada...dan mcm2x lagi cerita yg mmg x langsung enak didengar...tp umpama sekali air bah datang sekali pantai berubah...lepas tu senyap je...tak terbela pun kiter ni selaku warganegera...tp masalah mereka pulak yg lebih2 di bela...ya...yg dianiaya perlu dibela...tp biarlah adil...mereka juga mendtgkan masalah kepada kiter bukan sikit tau....

Bagi kawan2 yg berhasrat utk menggunakan khidmat amah...akak nasihatkan pikir le 2x atau 3x atau lebih lagi bagus...timbangkan buruk baiknya...baca keratan berita ni pulak... Bukan x ada yg baik...ada....tp byk benor le permintaan diorg ni...nak gaji tinggi le...nak cuti leee...rasanya kalau kerja dgn majikan melayu...biasa x byk mana pun kejenya....

Jadi bagi ibu2 dan isteri2 diluar sana...marilah kiter cuba kurangkan penggunaan diorg ni...kiter mampu laksanakan tanggungjwb kiter tanpa diorg ni...Insya-Allah. Pastinya...ada cabaran dan kesusahan yg perlu kiter hadapi...tp kalau pikirkan keberkatan...dan ganjaran yg akan kiter dapat hasil dari kesusahan dan pengorbanan yg kiter buat tu...pasti kiter sanggup...

Ader beberapa lagi artikel yang boleh kawan2 baca....tentang keburukan menggajikan si amah ni antaranya :

-kes eja (pelakon tu)di Harian Metro
-Seks Di Rumah Majikan - Ditulis di blog Mazidul(TV3)
-Amah penyelamat atau penyengat?

Oklah...pada yg guna khidmat amah ni...kalu rezeki dapat yg baik tu layan le diaorg jugak dgn baik...tp kalu dapat yg hampeh tu anto kan je la balik...jgn pening2x kan kepala...ambik lain...atau x payah ambik langsung....jgn dera depa pulak...

Thursday, February 18, 2010

Menu oh Menu

coretan LeezaNM waktu 6:41 PM 2 komen
Tiap2 hari sebelum balik keje kepala dah pikir apa nak masak for dinner...pastu lepas dinner kena pikir lagi apa nak masak utk breakfast dan lunch esok...waaaaaaaaaaaa... Lama2 rasa cam tension pulak pikir2 menu apa...menu apa ni...Korang mcm mana ekkk...pening jugak tak...

Last week...pikir2 mcm nak buat menu utk satu minggu...korang rasa ok tak... At least tak perlu la Leeza pikir seme2 ni everyday...just sekali seminggu. Leeza ingat nak try dgn minggu yg akan datang ni... So today dah nak kena buat survey apa yg perlu dimasak sepanjang minggu depan ni... Mcm nak cuba seme menu2 baru sbb dah jemu asyik2 makan mende yg sama je...

Start dgn breakfast pagi Sabtu....

Sabtu
B Roti Jala + Teh
L Nasi Minyak+Ayam Masak Merah
D (Habiskan Lunch punya set, boleh ke!!!!!)
Ahad
B Nasi Goreng + Teh
L Nasi Putih+Ikan Kukus+Kerabu Kacang Botol
D Nasi Putih+Ayam Goreng+Sayur Campur
Isnin
B Nugget + Teh
L Nasi Putih+Kobis Masak Lemak+Ayam Goreng /Ikan Goreng+ Sambal Belacan +Timun
D Nasi Putih+Asam Pedas Ikan Tenggiri
Selasa
B Nugget + Teh + Mee Goreng
L Nasi Putih+Kobis Masak Lemak+Ayam Goreng + Sambal Belacan +Timun
D Nasi Putih+Asam Pedas Ikan Tenggiri
Rabu
B Sandwich sardin + Teh
L Nasi Putih+Gulai Tempoyak
D Nasi Putih+Gulai Tempoyak (Lunch punya)+Sambal Sotong
Khamis
B Nugget + Teh
L Nasi Putih+Kari Ayam
D Nasi Putih+Kari Ayam (Lunch punya)+Timun + Sambal Belacan
Jumaat
B Bihun Goreng+ Teh
L Nasi Putih+Masak Lemak Ikan + Sup Ayam (ini utk anak)
D Nasi Putih+Masak Lemak Ikan+Sup Ayam
Minum Petang
Mengikut Keperluan : Antara juadah yg sesuai.....
- Popia Goreng
- Keropok Lekor
- Goreng Pisang
- Cokodok
Amacam....korang....hahahaha...yang menjadi pertanyaan adakah mampu utk ku follow all these menu....kiter tunggu keputusannya dihujung minggu....prestasinya akan dilaporkan. Jika prestasi memberangsangkan maka...penyediaan menu ini wajar di teruskan.
Kalu mak tahu anaknya terpaksa bersusah payah begini sekali utk menyediakan juadah yang setoet ni..pasti Leeza akan diketawakan oleh sekalian abang2 dan kakak2...almaklum lah...tangan Leeza ni boleh disifatkan tangan kayu sbb seme abang2 n kakak2 terror memasak... kakak dua2 tukang jahit...tapi....teman ni....apa2 kemahiran seni pun x ada melainkan programming sahaja....nasib......

Sunday, January 24, 2010

Macam2....

coretan LeezaNM waktu 5:02 PM 0 komen
Last week my car kena langgar...yg peliknya tak tahu siapa langgar and bila ianya berlaku.
Kejadian ni berlaku di parking rumah...kebetulan malam tu selepas ambik anak dari rumah pengasuh diorg parking kete luar skit dari garage...sbb ader basikal anak2 kat garage tu... Pagi Isnin tu keluar nak pergi keje and hantar anak2 pegi sekolah sekali tengok pintu belakang sebelah driver dah kemek...waaaauwaaaa....sakitnya hati sapa pulak punya keje ni...
Semalam hujan pastu riuh rendah ngan anak2 so memang tak perasan la ader ke tak bunyi yg mencurigakan...Nak kata anak jiran sebelah langgar ngan motor dia tak ader bukti pulak walaupun plate motor (belakang) patah...and ader kesan calar2 dibahagian depan motor...
Takpelah apa nak buat...dah nasiblah kot...redha jelah...setiap yang berlaku pasti ader sebab musabab...dan bagi yang telah melakukan kesalahan tu ...biar lah Tuhan sahaja yang tentukan balasannya...dia tak boleh lari dari hukuman Allah kan ..Allah itu maha mengetahui.
Tak pa..tak pa...nanti ader budget pasti akan ku cat lain kete tu....hehehehehe

Thursday, December 3, 2009

Cerita Cinta Kita

coretan LeezaNM waktu 5:45 PM 2 komen
Akak bukan nak citer pasai kisah cinta akak ye adik2....jangan tekezut. Akak bukan pandai menulis2 ni...tak ada seni langsung. Tulis coding program boleh la...tu pun dah slow skit. Tajuk diatas adalah tajuk Cerpen yang akak baca di satu bloggggggg yg akak kunjungi semalam. Almaklumlah dah lama tak merayap kat blog2 ni ....semalam jenuh la i merayap sana sini...kuang...kuang...




Ha....adik2 ni covernya...citer menarik...akak tak bagi sinopsis...kalu u all minat nak baca go to Coretan Ilham Then ader label kat kiri tu Cerita Cinta Kita...Selamat Membaca.

Wednesday, November 25, 2009

Membaca itu juga satu cara mencari ketenangan jiwa....

coretan LeezaNM waktu 6:47 PM 0 komen
Leeza ni sememangnya dari dulu lagi tak gemar sangat membaca. Dulu waktu belajar pun macam tu jugak... Tapi masa belajar dulu Leeza paksa diri baca buku akhirnya berjaya tapi hanya boleh membaca pada waktu dan ketika tertentu sahaja.

Bila kiter menghadapi pelbagai dugaan dalam menempuhi kehidupan ini...Leeza rasa membaca juga boleh buat diri kiter tenang dan lupakan seketika masalah yang sedang kiter alami...Just to share all of you friend Leeza baru je start membaca dan buku yang Leeza baca adalah buku ni...



Buku ini membincangkan isu2 dalam rumah tangga secara realistik. Buku ni dah lama keluar sebenarnya. Dah ada AKU TERIMA NIKAHNYA 2 pun...tapi nak buat macam mana masa tu tak jumpa. Baru sekarang terjumpakan. Baik untuk dibaca oleh isteri2 dan juga suami. Tapi masa baca tu bukakan keseluruhan untuk menerima point yg dinyatakan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ini sebagai satu ilmu rumahtangga. Kemungkinan situasi rumahtangga kiter adalah berbeza dengan penulis tapi sekiranya kiter paham tentang tanggungjawab dan peranan kiter seperti yang cuba disampaikan penulis Insya-Allah pengisian yang terdapat buku ini amat berguna sekali. Buku ini juga menekan peranan keibubapaan dan cabarannya...carilah bahagia itu jika ianya telah berlalu selagi belum terlambat. Baikilah kesilapan lalu tanpa menoleh kebelakang dan tanpa menuding jari mencari salah siapa. Terima kasih kepada penulis sangat2...Leeza akan beli buku yang AKU TERIMA NIKAHNYA 2 pulak ....hehehehe....KALAU ADA CINTA...SEMEMANGNYA INDAH... JADI TANAMLAH KECINTAAN YANG TINGGI KEPADA ALLAH SWT...PASTINYA KITA AKAN MERASAKAN KEINDAHAN KEHIDUPAN INI WALAUPUN IANYA BERLIKU....

Lepas baca baca buku terus dapat semangat nak membaca...selain dari tambah ilmu di dada tapi ianya juga satu terapi jiwa....hahahaha...bagi Leeza la....you all seme tak tahu lah...tapi untuk tahap umur sekarang Leeza tak mau la lagi baca novel cinta sebab sekarang nak fokus on ilmu kehidupan, kekeluargaan, kewangan dan keagamaan... ilmu2 inilah yang Leeza rasanya penting sebab kehidupan akan mendatang kian mencabar. Untuk beramal kenalah berilmukan so I kena cari macam2 ilmulah ni....

Tuesday, September 1, 2009

Batal Posa Aku..Tak Guna Betoi.....

coretan LeezaNM waktu 1:47 AM 3 komen
Actually peristiwa sedih dan sadis ini telah berlaku pada minggu lepas...hari selasa ...jam 4.00ptg...Dah 3 minggu asyik tak sihat je...then hari selasa tu...demam yg agak tidak dapat dibendung lagi penderitaannya...maka kul 3ptg tu ambik keputusan balik (cuti 1/2 day). On the way back tu singgah le poliklinik **** (nama tak boleh di dedahkan sbb kot2 doktor tu terbaca...hahaha)

Sampai kat klinik, patient tak le ramai. Tunggu jap je dah masuk. Masuk je mcm biasa Dr : ...kenapa ????
$ : demam.....le...(dgn muka sedih sgt)
Dr : puasa tak ?
$ : puasa....
(Dr tu tak jd nak check suhu dgn thermometer...check dgn alat yg check kat telinga tu apa ke namanya ntah)
Dr : ha demam le ni...
$ : dah 3 weeks ni DR tak ok2....
Dr : sakit tekak ?
$ : tak
Dr : Sakit2 badan ?
$ : ye
Dr : Nak buat test H1n1 tak ?
$ : buat je la...nak compem yg i ni selamat ke tak

Dr tu pun pakaikan leeza topeng tu....(dalam hati confius tul...apa la yg Dr ni nak buat ekkk....)

Dr : Tahan sikit ye...nak ambik sel hidung skit....!!!!!

Korang tahu apa Dr tu dah buat....!!!! Dia korek hidung leeza laaaaa....Dua2 belah sampai mengalir air mata kasih leeza menahan kesakitan...huhuhu....masa tu tak teringat langsung beb yg apa Dr tu buat adalah sebahagian dr korek hidung...

Balik umah terus berselimut. Hubby balik kul 5...dia kuar balik pg beli makan n ambik anak...leeza masak nasik je....lepas sembahyang...sambung baring....masa bukak puasa sampai...leeza pun berbuka mcm biasa ....pastu makan ubat...sembahyang maghrib terus tido....

pegi kerja esok nya...berciter2 la kat eta...smlm buat test H1N1 ni...dgn excited giler nya ...citer la macam mana Dr tu buat...sekali baru teringat laaa.....batai la posa aku!!!!! Waaaaaaa.....pasaipa la buleh jadi laguni....masa dia nak check demam dia tanya....awat masa dia nak buat test tu dia tak pikiaq yg korek hidung aku tu membataikan posa aku....geramnya.....huhuhu...dah rugi satu hari tau...(apa nak buat segalanya dah tersurat...)minggu depan kena cuti lagi biler time bendera merah berkibar....tambah lagi...hai nasib le labu....

Moralnya : Jgn tunggu Dr tanya kiter ...kiter tanya la Dr dulu...boleh ke????

Patut tak aku pi marah Dr tu ha....apa pendapat korang...atau aku saman dia diatas kerugian yg aku tanggung ni..tolong bagi pendapat....walau bagaimana pun settelah 3 hari makan ubat yg diberi sakit telah sembuh alhamdulillah dgn izin Allah.

Thursday, August 13, 2009

Bersediakah kiter untuk menemui yang ESA...

coretan LeezaNM waktu 6:49 PM 3 komen
Salam....

Dari sejak seminggu hati agak tak senang dengan gejala virus yang sedang menular...lately makin menggusarkan hati bila kes kematian makin meningkat dengan begitu drastik sekali...

Bagi ibu yang ada anak kecik mcm lee-za ni...lagilah kan...last week anak demam hati ibu ni mulalah susah hati...tp alhamdulillah seme je ok nampaknya...cuma masih ader batuk dan selsema...

Semalam dikejutkan pula dengan berita kematian ustaz Asri...dari detik pertama mendapat berita sehinggalah ke hari ini...hati ini mula tertanya sendiri...andaikata sampailah masa Tuhan menjemput ku pulang...sudah bersediakah aku...Ustaz Asri alhamdulillah banyak amalannya...aku ???? Apa yang akan aku bawa...nak mengharapkan doa anak2...anak2 masih terlalu kecil...takut sekali mengingati mati ini...

Untuk ingatan pada diri sendiri dan kawan2 yang membaca...mengingati mati salah satu cara kiter muhasabah diri. Bukan senang nak jadi Hamba Allah yang soleh ni...nak tinggalkan perkara buruk ni bukan semudah yang kiter kata...

Lee-za dah start berazam....nak baiki apa yang patut...bukan ler nak jadi ustazah...tapi sekadar melakukan apa yang di suruh dan menjauhi apa yang dilarang...sekiranya mampu menjaga itu pun dah cukup baik kan...

Tuesday, August 11, 2009

H1N1...satu ujian dari Allah...

coretan LeezaNM waktu 7:37 PM 0 komen
Just to share the info. Info ni kiter dapat dr email kawan...yg foward2 ...so pada yg belum tahu elok le ambik tahu...in case kiter or sedara kiter ditakdirkan diuji oleh Allah S.W.T maka boleh cuba....

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that herson was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was thatwhen he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent tohospital till his dad came fm KL and with his friends assistance broughthim to GH Kangar....

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward foranother 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!).....after 2 days and his eyes were turning yellow and salivagreenish...he was put in quarantined room...Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...shepractically fainted just telling me the story.. cant do much cos she xhave enough money to go to the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that theysent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since theyseemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so Isent her off to Kangar the same day to solve the problem.Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz whowas in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was toldthis simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE, for those withsore throat please blend the apples and keep on taking till your feverdisappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....

ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole dayon Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the feveryesterday Wednesday....she called me and was crying on the phone to saythat her son was out of ICU and was able to eat normally...all thesehappened within just 4 days today (thursday 6 august)...This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope thissmall info could assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm intrying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

Bila ujian itu datang...berusahalah melaluinya selagi termampu selebihnya bertawal kepada yang ESA...sesungguhnya DIA MAHA BERKUASA...
Leeza pun tahu siapakah pengirim asal email ini...namun sekiranya dia terbaca...thanks sebab share all these...ini adalah salah satu cara membantu sesama kiter walau pun tidak secara langsung...sikap seperti ini harus diteruskan.

Monday, August 3, 2009

Hari raya datang lagi ye puan-puan....

coretan LeezaNM waktu 10:42 PM 0 komen
Telah menjadi adat masyarakat melayu...sebulan @ 2 bulan lagi nak raya...kiter dah get ready buat persiapan...dari bulan 6 lagi pompuan2 la terutamanya dah start pikir2 and pikir bout color baju raya this year...naper ye kiter talk about raya terlalu awal...may b sebab too much things nak kena prepare...@ about budget...@ nak elakkan kesesakan lalu lintas/lautan manusia di shopping2 complex...macam2 alasan la kan...
Jgn tak caya dari last month lagi tailor2 yg famous amous ni dah tutup tempahan utk raya...sapa yg this month baru tercari2 baju color apa nak pakai tahun ni kim salam je le ye...carik2 la tailor2 yg idok glemer je itu pun kalu ada nasib yg baik le...kalu idok pakai je le baju raya tahun lepas...itu bab bajunya...
Kuih-muih mcm mana pulak eee...makcik jenab...makcik senah dah sibuk edarkan sample kuih raya ni...macam jenis kuih ada...yang pasti this year rege naik lagi...alasan makcik senah rege barang seme naik...tak boleh adjust doh...apa2 je lah kan...naik2 pun org pasti beli kan...kalu idok mcm mana nak raya...kuih tak ada...sedara ramai ni nak datang umah...nak bawok balik kg lagi...rumah mok...rumah mok mentua lagi...rumah sendiri lagi...hi...berape banyok nok kene ode ni ye...hish melibatkab budget lagi ni...selesei bab kuih...
DUIT RAYA...ish...ini pun satu lagi isu beso...kena buat kire2 ni...kena kire betui...anak sedara seblh kiter...anak sedara seblh somi...(bagi yg udah kawin le...) sepupu sepapat lagi...anak jiran2 yg terdekat lagi...dan selebihnya utk budget poll (pun ada)...
Udah kire2 semenya...yg last ni jgn lupa ye...budget minyak n tol...ha kalu ini lupa nak kire alamat le...seme dah ader tp tak dapat balik rayee...hahahaha...baru le tersedu-sedan di pagi raya...itu bagi yg balik dgn kenderaan sediri...yg balik naik perkhidmatan awam...lagi bahaya kalu lupa beli tiket...kalu last minit baru nak pi cari alamatnya raya je le kat stesen bas@ stesen keteapi...time raya tiket flight pun SOLD OUT tau...jgn buat main2...
Emmmm...amacam...agak2 tahun ni berape le habis duit ye....hai....leeza harap...beringat2 le dlm berbelanje k...buatlah perbelanjaan berdasarkan kemampuan dan keperluan...jgn ikut nafsu dan keinginan...jgn tertipu dgn sale2 dihari perayaan ni...buatlah pilihan yg bijak...mcm leeza...yg penting utk anak2 je...kalau ader lebih baru pikir utk ibu n ayahya...baju2 anak2 pun separuh dah beli...biasalah anak ramai kan...so kena beli skit2 le...tak lah berlari2 budget tu nanti...
Raya tahun ni belum tentu dapat balik kg...kalau di takdirkan cik abangku koje... alamatnya... makan lemang hulu langat je la....hahahahhaa...

Friday, July 17, 2009

Hilang kete....

coretan LeezaNM waktu 2:32 AM 0 komen
Hari ni bz dengan UAT sistem baru...tp time break tetap jugak pegi merayau..mana lagi pi ALAMANDA la....tengah makan sepupu call...."woit aku tak ada kawan...nak join boleh...?" aku kata "mai la..no hal, kita org kat PIZZA HUT"





30 minit kemudian...muncul ler sepupu aku kat PIZZA HUT....org punya la ramai...order kitaorg pun ( aku ngan lin-opis mate) yg dah order 30 minit b4 sepupu aku datang pun tak dapek2 lagi...heeeee nasib baik mood hari tu baik...and tak dek plan aper2 yg penting lepas makan...jd buat dek je lah....


Lepas makan pi jalan2 jap then balik tapi sepupu aku Nani nama dia...masih di ALAMANDA...dia keje sendiri so tak no opis time...nak dok kat alamanda sampai esok pun tak pe...Sampai opis terus pi trainning room sambung UAT...hp aku tinggal kat kat meja...kul 4.45ptg UAT tamat.


Sekali pegi kat meja ambik hp....alamak beratur miscalled...sepupu aku 6 miscalled...AWHD 6 miscalled (AWHD ini abang aku yg kuat le membebel..kalu dia phone aku tak jawab then tak reply...masak kena bebel le jawabnyer...) jugak...masak apa hal pulak la ni...ada la miscalled dr no lain yg tak penting...then ada sms dr AWD ..."kete nani hilang kat ALAMANDA...call her.." Alamak biar betoi.....aku terus call....call punya call masuk mailbox.....haiiyaaaaa...aku lak yg gelabah...terbayang dak nani ni mesti nangis punya...then try call my brother pulak...baru nak dail....nani call....

"assalamualaikum...."(suara ketar2...mcm org baru lepas nangis...mmg nangis le tu)..."hah...macam mana kete....ader tak macam mana buleh hilang pulak....." (nani ketawa kecil...sambil nangis jugak tau) "dah jumpa dah.....salah carik tempat parking...." aku dah agak dah.....emmmm....minah ni lerrrr.......dia datang dari arah lain....masa aku tinggalkan dia kat ALAMANDA tadi kat tempat lain....agaknya lepas tu dia terus pi carik kete dia yg di parking kat tingkat 6...mana la nak jumpa parking kat utara...pi carik kat selatan... mana la member tak neves....first time pakai kete...tak sampai setaun pun lagi...hilang!!!!! ooooo...tuhan je dapat bayangkan kalau betoi hilang.....pengsan agaknya adik sepupu aku tu.....nasib baik seme selamat......
 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea