Osteoporosis adalah
keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.
Ia
menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti
span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini
melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin
meningkat.
Tulang normal mengandungi
protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.
Tulang
yang mempunyai masalah osteoporosis pula
boleh retak hanya disebabkan
kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.
Keretakan
boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau
rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.
Tulang
belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak
tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
Dianggarkan
satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi
50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia.
Kos bagi
rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula
dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang
2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka
meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki
menjelang 2050.
Simptom
Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.
Sesetengah
retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya
sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis
sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.
Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.
Selepas
beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan
menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang
dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.
Retakan yang
berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres.
Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh
menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan.
Retak
pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan
penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya
disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana
kualiti tulang yang teruk.
Langkah2 Pencegahan
Ubah Gaya Hidup Anda
- Rajinlah bersenam/bersukan 30-60 minit/hari
- Jaga pengambilan kalsium 1000-1500 mg/hari, baik melalui makanan mahupun suplemen
- Hindari merokok dan minum alkohol
- Diagnosis diri dan terapi yang tepat terhadap defisiensi testosterone pada lelaki dan menopause pada wanita
- Kenali berbagai penyakit dan ubat-ubatan yang dapat menimbulkan osteoporosis
- Hindari mengangkat barang-barang yang berat pada pengidap osteoporosis
- Hindari kegiatan yang dapat membuat pesakit jatuh seperti berjalan di
lantai yang licin, ubat-ubat sedaif dan ubat anti-hipertensi yang
menyebabkan hipertensi ortastatik
- Perbanyakkan pengambilan vitamin D
Supplement yang dicadangkan
* Produk ini bukan
bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang
penyakit.
Harga Runcit : RM61.00
Kuantiti : 90 biji
Pengambilan : 2-4 biji sehari
Norhaliza Mokhtar
SID : 949583
013-6020837