Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Resdung oh Resdung

coretan LeezaNM waktu 8:53 AM 0 komen
Dah berhabuk ke dah bersawang blog aku ni... hehehe. Lama aku tak menulis yea...x ada mood nak mengarut and x de apa2 yg menarik nak share.

Tiba2 mlm ni hidung aku ni terasa gatalnya yang amat2.... huhuhu resdungku menyerang semula. Apa agaknya resdung ni yea?

Resdung (sinusitis) adalah penyakit disebabkan pembengkakan saluran hidung (sinus). Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu akut dan kronik. Resdung akut bermula daripada jangkitan virus pada saluran pernafasan diikuti dengan jangkitan bacteria. Keadaan ini menyebabkan sinus membengkak dan tersumbat. Resdung kronik pula merupakan lanjutan kepada resdung akut di mana sinus yang tersumbat itu dipenuhi cecair mukus. Seterus hidung menjadi tidak selesa. Biasanya, Resah hidung (Resdung) hanya diambil peduli apabila gejala2 di bawah dikesan.

Kesan2 (symptom) Resdung




Hidung Kerap bersin diwaktu pagi dan cuaca sejuk, berhingus, hilang deria bau, tersumbat, berair & kerap selsema yang berpanjangan.


Muka Gatal pada pipi, muka, jerawat, jeragat, bintik hitam.


Telinga Pendengaran semakin berkurangan.


Mulut Nafas berbau dan berkahak.


Kepala Gatal kulit kepala walaupun tiada kelemumur, migraine.


Mata Penglihatan semakin kabur.


Paru-Paru Mengalami kerosakan apabila resdung tidak dikawal dengan lebih awal.


Otak Mengalami kerosakan melalui jangkitan hama.
Emmm...bila tengok senarai kesan2 resdung ni agak menakutkan jgkkan... if x dikawal resdung mampu menjadi satu penyakit yg lebih parah... Korang tahu apa ubat yg patut aku ambik. Tadi masa dok tanya2 kat pakcik Google ni... Ada la jgk baca kat satu blog ni... Dia pi berubat kat satu kg kat Sg.Besar Selangor...rawatan buang resdung. Tapi agak menyakitkan la. Pakcik yg berubat tu guna air daun cabai (cili) ramas dgn air...then titikkan air tu masuk dlm lubang hidung...dlm 5min...pastu all the kahak kuar.... hehehehe... dia kata pedih yg amat sgt la masa pakcik tu masukkan air dlm hidung dia tu...BUT lepas tu lega.

Patut ke aku pun pi buat treatment yg mcm tu yea... haiyaaa...takut la pulok. Emmm...tiba teringat why not aku pi bangi and cuba perubatan hormopathy. Mcm menarik... Bila la pulak nak pegi ni. Kena pegi secepat mungkin sbb x tahan beb mlm ni dok garu2 hidung ni.

Oklah korang dah kul 11.45 mlm ni... Ada 3 lagi anak2ku yg masih blm belayar ni... Si kecik comel yg semakin lincah and nakal (Harith Farhan)...The one and only ank dara yg aku ada (Princess Nur Alia Qistina) and anak aku yg paling la byk ckp...si Izzuddin (sebuk dok buat baca majalah aulad yg aku beli 2 hari lepas...). Dia dah boleh baca dgn agak lancar now...huhuhuhu x sangka...sbb masa masuk sekolah on Januari tu...dia mmg x blh membaca lg... Alhamdulillah.

Oklah stop kat sini dulu lah... Si kecik tu dah masuk bawah meja makan ni ha... Mau kasik dia tidur dulu.

Tuesday, July 27, 2010

Isu Sijil Halal Kopitiam...

coretan LeezaNM waktu 7:27 PM 2 komen
Ini isu berat sebenarnya. SEBAB soal halal haram makanan kiter menetukan pembentukan darah daging kiter yg menetukan bagaimana jadinya kiter ini nanti. Topik hari ini sebenarnya nak ditulis semalam tapi tak berkesempatan. So aku utarakan hari ini.

Utk peringatan diri aku sendiri dan seluruh umat islam di Malaysia khususnya..tolonglah perihatin bab ini. Penat2 kiter carik rezeki halal setiap hari utk keluarga tp bila sampai bab ini kiter pandang sepi. Aku terdetik utk suarakan isu ni sebab pagi kelmarin otw ke ofis terdegar di berita radio Pemilik Kopitiam kata sbb diorang tak dapatkan sijil halal JAKIM kerana prosedurnya susah. Aku rasa memang sepatutnya prosedurnya susah sbb ianya berkaitan hukum. So memang sepatutnya pihak JAKIM perlu tahu detail tentang setiap bahan-bahan yg digunakan...kalu itu yg dikatakan menyusahkan pihak KOPITIAM maka mereka memang tak paham kenapa perlu pengiktirafan HALAL itu pada kiter umat islam.

Malangnya ramai je masyarakat islam yg masih berkunjung ke tempat seumpama KOPITIAM ini walaupun tiada SIJIL HALALnya. Soal KOPITIAM tidak ada sijil halal itu soal mereka tapi PERSOALANNYA bila kiter dah tahu ia tidak ada sijil HALAL tapi kiter masih juga berkunjung ke situ. Sedarlah yg salahnya bukanlah KOPITIAM mahu pun JAKIM tapi kiter sendiri yg mengharamkan rezeki yg pada mula halal... Banyak lagi tempat-tempat halal lain yang boleh kiter pergi. Jangan sampai bila jumpa kaki katak atau yang seumpama dengannya then baru kiter nak bising...nak muntah...nak trauma...

Dipasaran sekarang dah banyak pilihan barangan yg terang lagi nyata dikeluarkan oleh orang muslim. Maka utamakanlah yg dijamin halalnya. Tidak ada alasan. Kesedaran itu perlu ada... perubahan perlu dilakukan... fikir... fikirkanlah... Bak kata seorang penceramah bila iman ada di dada segalanya jadi mudah.. so....
 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea