Monday, February 9, 2015

Pertama kali melangkah ke UPSI

coretan LeezaNM waktu 7:07 PM
Assalamualaikum.

Episod yang tidak diduga. Kadang2 kiter ni merancang hari2 kiter namun kejadian pada hari tersebut tak dapat kiter tentukan. Macam tulah yang terjadi pada hujung aku yg lepas.

Hujung minggu lepas sepatutnya hanya ada Majlis Hi Tea untuk Taska Farhan sesi 2014 yang telah berakhir. Hi Tea tu diorg buat di Hotel Bangi - Putrajaya . Not bad majlisnya. Makanan ok. Suasana pun ok.

Habis majlis singgah PKNS sebab nak carik seluar panjang untuk Farhan. Kebiasaan terjadi... yang tak ada dalam senarai barang yg nak dicari pun telah menjadi tangkapan sekali. So petang tu hasil tangkapan seluar panjang Farhan dapat 3 helai sebab sehelai RM10 je so ibu rempat 3 helai. Seluar Aneesa bum..bum sehelai...baju Aneesa bum...bum...sepasang...pun RM10 jugak. Ada lagi...yg bukan RM10...kikikiki... Baju Aneesa 2 helai RM9.90 sebab comel dan rege pun berpatutan. Then t-shirt Farhan 2 helai...t-shirt Alif 1 helai...baju Alif 2-pasang...total up... RM164.00. Beli sbb diorg dah mmg x de baju...sbb all the baju waris mewarisi... so ada yg sgt tidak bersesuaian untuk digunakan lagi... hihihihi... mcm ni lah kalu ank ramai. Selagi boleh berjimat so I have to. So RM164.00 tu...3 pasang baju, 4 helai seluar, 3 helai t-shirt. Ok tak uols.????

Balik dari Hi-Tea...smpi umah dah maghrib gitu. Lepas solat...masak...makan dan duduk lepak...and plan untuk esok. Pagi2 nak settlekan kain baju sekolah anak yg belum dibasuh tangan itu... udah direndam dengan Basic-h Shaklee pagi tadi. Pastu esok jugak nak mengemas bilik anak dan melipat gunungan kain baju yg dah menjadi banjaran gunung titiwangsa gitu.

Tup..tup...kul 12.30 tu...my anak sedara Angah Afiq wassup...
esok cu pi mana tak????
Dalam kepala dok ingat di nak mai lepak2... owh ok la kan... so aku jawab
 esok dok umah je.
Sekali
Abi tanya boleh tak esok temankan Aman register UPSI kat Tanjung Malim.
Kihkih...aku terus teringat nun baju sekolah anak belum bercuci. Namun aku jugak kena ingat, my brother yg si Angah called ABI tu... satu-satu my abang yg bersusah payah time aku belajar dulu. Dari zaman aku dok asrama di Gerik then aku sambung belajar @KUSZA, Terengganu jugak semasa aku sambung my degree @UKM. Dia seolah2 ayah ke2 untuk aku. So tak mungkin TIDAK lah jawapannya. Lagi pun abang aku ni terpaksa mintak tolong sebab dia sekarang berada @ Sg. Petani...kerana mlm semalam anak sulongnya melahirkan cucu sulong. Emmm... Tiba2 hari Ahad aku ke Tanjung Malim lah. Settle wassup2.. bangun pegi bilik air... basuh baju sekolah anak la ...apa lagi kan.

Sampai UPSI jam 9.30 pagi. Aman dapat Kolej Aminudin Baki, Kampus Proton City. Kampus baru. Banyak hostel baru la. Tapi Aman dapat Kolej tertua di situ. Namun persekitarannya masih ok. Hantar Aman naik asrama...kemas2... 1 rumah ada 3 bilik. Ada hall. Ada bilik mandi. Ada ruang dapur jugak. Ada balkoni. Just like an appartment. Kemas2 barang dia kitaorg pegi makan tengahari... kul 12.30 tghari dia dah ada aktiviti so kul 12.20 tghari kitaorg pun balik.

Kolej Aminuddin Baki

Penginanpan student yg baru





Otw back to KL... singgah lak ke Bukit Beruntung. Satu lagi unexpected plan. Singgah ambik set tilam baby. Aku tempah set tilam baby untuk bakal cucu bekas pengasuh anak aku kat kajang dulu. Dah singgah2 melepak2 la pulak. Kul 6 ptg baru gerak balik. Kul 7 mlm sampai Kota Damansara anta Angah Afiq. Then terus ke Putrajaya.

Kepenatanlah kan. Tapi ada kepuasan disitu kerana dapat membalas jasa2 my abang. Banyaklah kerja2 yang tertangguh. Kena plan semula untuk melipat kain baju yg bertimbun.

#sedang cuba untuk memastikan umah sentiasa kemas wp ramai rakyat2 kecil. Nak cuba displinkan anak2.

0 komen:

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea