Indah sungguh pagi jumaat ini. Namun seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan kehilangan 2 tokoh ulung negara di bidang masing-masing. Al- Fatihah untuk keduanya. Semoga mereka berdua ditempatkan disamping hamba2 Allah yg beriman dan beramal soleh. Ameen.
Namun hari ini diawal2 pagi kesabaran ku dicabar. Owh... Kalau 10 tahun dulu pastinya aku akan menangis sepanjang hari dik kerana perkara yang meragut ketenangan ini. Alhamdulillah now nampaknya hati aku dah semakin cekal. Fikiranku dah semakin matang mengatasi emosi dan kekalutan jiwa. Kira2 aku dah boleh jadi pakar motivasi dan kaunseling rasanya...kekekekekeke.
Apa yang menjadikan aku begini??? Ujian demi ujian yang aku lalui mematang fikiran. Fikiran kiter yg mengawal segala emosi dan tingkahlaku. Korang tahu disebalik senyuman aku... disebalik kecekalan aku memperbaiki ekonomi keluarga.. disebalik gelak tawa yg sentiasa je kedengaran kat opis ni... Lembaran hidup aku ni sentiasa diuji. Namun ketahuilah kawan... ujian2 inilah menguatkan aku.
Aku tekad korang... Tekad menjadikan aku manusia yang lebih baik disisi Allah. Manusia yg lebih baik dari kacamata seorang ibu. Manusia yg baik untuk anakkk2ku. Semoga mereka bisa mencontohi dan mewarisi kebaikan dan ketabahan aku sepertimna aku mewarisinya dari mak.
Mewarisi bukan bermaksud ketabahan itu sedia wujud... tapi aku develop nya... sikit demi sedikit. Bila kiter sentiasa berfikir yg positif dan melihat sesuatu itu dari segi yg positif dan mahu hasil yg positif InsyaAllah kekuatan itu datang. Aku mencari kekuatan. Aku mencari kebahgiaan itu.
Kenapa aku tulis ini semua hari ini. Aku tahu ramai diluar sana yg hidupnya sentiasa diuji. Pernah jugak ada kenalan yg Allah uji itu dan ini...setiap hari menrungut...setiap mengadu...namun bila kiter nasihatkan dia... dia kata kiter tak paham situasi dia... tak paham apa yg dia alami. Emmmm...apa yg dia alami hanya 20% dari apa yg aku alami. Agak2nya klu dia tempat aku bagaimana ya???? Bila kiter melihat diri kiter susah... cuba lihat kesusahan orang lebih susah dari kiter... lihat ujian2 org lain yg lebih besar dari kiter. Barulah kiter dapat melihat dengan jelas betapa bertuahnya kiter..
Bertuahlah kiter sekiranya kiter selalu diuji kerana ianya mendekatkan kiter dengan yang MAHA ESA.
Semoga kiter sentiasa berlapang dada.
Sampai jumpa lagi. Bye...bye.
Kenali Saya
Adli
Izzuddin
Iman
qistina
Farhan
Alif
Nur Aneesa Qaisara
Thursday, February 12, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment