Tuesday, July 27, 2010

Apa yg patut kita tahu bila Ramadhan datang lagi...

coretan LeezaNM waktu 1:59 AM
Hari ini aku cuba menulis sambil menambah pengetahuan utk diri sendiri ttg puasa ni. Walau pun sebagai umat islam kiter mungkin rasa kiter dah tahu tp manalah tahu ada yg belum kiter tahu atau pun yg kurang jelas tentang apa yg sepatutnya kiter tahu.

 
Puasa merupakan RUKUN ISLAM yang ketiga.

 
Firman dan Dalil wajibnya puasa :

  
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

 
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

  
Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.......

 
Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

  1.  Berakal/waras
  2. Baligh (cukup umur)
  3. Mampu/tidak uzur.
Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
  1. Orang Islam
  2. Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  3. Suci daripada haid dan nifas
  4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa


  1.  Berniat pada malam harinya 
  2. Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Perkara yang membatalkan puasa


 
Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

  1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  4. Keluar darah haid atau nifas
  5. Gila (hilang akal)
  6. Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  7. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  8. Murtad (keluar dari Islam)
  9. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

0 komen:

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea