Wednesday, December 2, 2009

Udang masak Sweet & Sour...

coretan LeezaNM waktu 7:29 PM
Leeza ni kalau pasai masak memasak memang agak ketinggalan skit. May b sebab dolu-dolu masa muda jarang-jarang sekali nak masuk dapur hah ambik ko tu sebab tak pandai sangat memasak. Kalau nak bandingkan Leeza dengan my sisters Yong (kakak yang sulong) & Kak Yang (kakak yang ke-3) Diorg memang expert giler lah. Hehehe...kalu sebut bab masak ni depan bapak / ayah ni memang dia akan ungkitlah kemalasan-kemalasan Leeza masa zaman dolu-dolu tu. Nasib le kan.

Masak moden ni lagi la Leeza tak pandai (yg tak moden pun belum qualified lg actually) So...hari tu hubby bawak balik udang rimau...mak ai...nak suh Leeza buat Sweet & Sour...apa susoh masuk opis Google je la....hehehehe

Oleh kerana Leeza penah menguna pakai resepi kak hanieliza sebagai rujukan untuk masak kuih tepung talam kira2 2 bulan lepas...dan hasilnya amat membanggakan sekali when my brother kata sedap...so this time pun Leeza rasa baik dapat khidmat resepi kak hanieliza hahaha...senang citer....dan inilah hasilnya kawan2


Gambar ala kadar jelah ok. Kualiti rasa boleh tahan. (kuang...kuang)

Resepinya cam giniyer kawan :

Bahan-Bahan:
500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar cili kering yg dikisar (yg ni leeza tambah sendiri sbb nak pedas skit)
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong dan gula.
5. Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain


Udang rimau tu ada separuh lagi tu apa pulak Leeza nak lepas ni ekkk....kena google lagi nampaknya....u all ada idea yg menarik buleh suggest k....kalu resepinya senang Leeza akan cuba kalu susah lambat skit la cuba .....

0 komen:

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea