Sunday, January 11, 2015

Azam tahun baru

coretan Leeza NM waktu 7:49 PM
Assalamualaikum semua.

Tahun baru dah mencecah minggu yang ke2. Cepatnya masa berlalu. Tahun ini 5 orang anak saya dah memasuki alam persekolahan... 4 di sekolah rendah sorang di tadika. Tinggal 2 orang lagi di Taska.

Azam Tahun Baru

Bila masuk je tahun baru mula2 sekali yang biasa kiter terpikir... Apa azam tahun ni??? For me tak ada apa2 azam2 lagi. Tahun saya nak sesuatu yg lebih realistik. Saya dah senaraikan beberapa perkara yang saya nak buat tahun ini mengikut keutamaan. Dan saya mulakan. Nak tahu apa antaranya. Saya akan share beberapa item yg general saja la kot. Sbb mostly yg lain personal things. Sbb tahun ini saya cenderung untuk melihat kepada diri saya dan kemudian barulah keluarga. Mana mungkin kiter mencorakkan orang klu diri kiter sendiri tiada warna... hehehehehe bermadah la pulak. Paham ke apa maksudnya. Paham2 sendirilah yea.

Budget

Ini adalah perkara utama yg saya senaraikan dalam list saya. Saya nak tahun ini saya plan betul budget saya supaya end of this year saya ada saving. Ekonomi rumahtangga saya agak kucar kacir 4/5 tahun ini sbb hanya saya sorang yg berpendapatan tetap. Husband kerja sendiri... emmm... jadi mmg tak boleh nak kira sangat income dari dia. So untuk tahun ini saya anggap income saya sajalah sebagai sumbernya... Sebulan dua ini saya dah membaca dan banyak berfikir apa patut saya buat and adjust supaya budget yg saya ada itu bersesuaian dengan perbelanjaan. Kata seorang kawan... saya cuma ada 2 pilihan. Sama ada saya kurangkan perbelanjaan @ saya tingkat pendapatan. Jadi saya dah buat keputusan untuk ambik dua2 pilihan itu. Hehehehehehehehe. Hebat x??? 

Macam mana nak kurangkan perbelanjaan ?
  • saya dah tukar pakej astro saya dari RM98 -> RM66++ 
  • saya tukar taska anak saya dari RM700 -> RM530/sebulan (untuk 2 org )
  • no more makan luar except hari2 pasar malam jika perlu untuk tukar selera hheheehehehehehe
  • dan hari2 outing.
  • arrangge masa outing... sekali sebulan...utk elakkan budak2 rasa bosan. @ pilih outing2 yg lebih menjimatkan.
  • pembelian2 makan, pakaian dan lain mesti dibuat secara terancang supaya dapat lebih penjimatan jika ada sale.
Macam mana nak tingkatkan pendapatan ????

  • Fokus dengan bisness Shaklee buat apa yg org2 yg dah berjaya buat. Klu orang lain boleh buat kenapa kiter tidak. (yakin Haliza...yakin.... kikikikiki. Ini part paling susah nak lawan diri sendiri.) 
  • Sebelum buat Shaklee saya ada buat Mary Kay dan Biz tudung Chenta Qaseh. - akan teruskan kedua2nya sebab ada potensi yg baik untuk dapat more income.
Itu bab budget.

Pengurusan Masa. 

Ini adalah part yang saya selalu GAGAL. Pengurusan masa. Part ini jugak saya dah buat listing khas. Saya mulakan dengan pengurusan waktu solat. Saya rasa kalu saya mampu uruskan waktu solat saya dengan tepat maka saya pasti mampu uruskan yg lain kerana segalanya bermula dari dalam.

Menguruskan 7 orang anak-anak kecil memang bukan sesuatu yang mudah. Namun saya tidak mahu menjadikan ianya satu alasan. Saya nak cabar diri saya tahun ini untuk menguruskan masa mengikut jadual. Bermula seawal pukul 5 pagi dan masuk tidur seawal pukul 11.00 mlm.

Bagaimana nak menguruskan masa... saya sediakan list secara general rutin harian yg MESTI saya lakukan tanpa gagal setiap hari dan saya nilai pencapaian saya pada hari berikutnya serta cuba baiki terus kelemahan itu. Seawal 1 hb saya telah mulakan cabaran ini 60%. Kenapa bukan 100% ? kerana diawal minggu lepas anak2 belum ke sekolah. Banyak jugak kelemahan yg sukar untuk saya atasi... namun saya tidak akan berhenti mencuba oppps bukan mencuba but berUSAHA

Nak Berjaya

Misi saya tahun ini NAK BERJAYA. Berjaya apa? Paling utama mengubah diri saya. Kedua berjaya dalam bisness saya. Seterusnya berjaya dalam misi2 saya.

Demi Masa Sesungguhnya..

Hidup ini adalah perjuangan. Jadikanlah dunia ini sebagai sahabat kamu untuk mendapatkan syurga. Janganlah kamu meninggalkannya. Kuasailah pelbagai bidang di mana dengannya kamu dapat memakmurkan bumi. Hanya di tangan orang-orang soleh dan solehah dunia ini akan menghentikan tangisannya..


0 komen:

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea