Monday, April 21, 2014

Apakah Osteoporosis ?

coretan LeezaNM waktu 8:08 PM
Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.
Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.
Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.
Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.
Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.
Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia.
Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050. 

Simptom

Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.

Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.

Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.

Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.

Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan.

Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.

Langkah2 Pencegahan

Ubah Gaya Hidup Anda
  • Rajinlah bersenam/bersukan 30-60 minit/hari
  • Jaga pengambilan kalsium 1000-1500 mg/hari, baik melalui makanan mahupun suplemen
  • Hindari merokok dan minum alkohol
  • Diagnosis diri dan terapi yang tepat terhadap defisiensi testosterone pada lelaki dan menopause pada wanita
  • Kenali berbagai penyakit dan ubat-ubatan yang dapat menimbulkan osteoporosis
  • Hindari mengangkat barang-barang yang berat pada pengidap osteoporosis
  • Hindari kegiatan yang dapat membuat pesakit jatuh seperti berjalan di lantai yang licin, ubat-ubat sedaif dan ubat anti-hipertensi yang menyebabkan hipertensi ortastatik
  • Perbanyakkan pengambilan vitamin D
Supplement yang dicadangkan



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Harga Runcit : RM61.00 
Kuantiti : 90 biji
Pengambilan : 2-4 biji sehari
 
Norhaliza Mokhtar
SID : 949583
013-6020837
 
 


0 komen:

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea