Thursday, November 24, 2011

Keguguran...

coretan Leeza NM waktu 5:58 PM
Hehehehe.... Tajuk n3 yg boleh mengejutkan beberapa pengunjung...huhuhu.... Sebenornya tajuk tu belum complete... Tajuk asal... Keguguran lagi rambut ku selepas bersalin.Hehehehe

Kenapa yea...setiap kali lepas bersalin... rambut akan mengalami masalah keguguran. Apakah puncanya...

Benarkah rambut anda gugur kerana bayi anda menyemburkan air liur? Ada juga ibu-ibu yang baru lepas bersalin akan terkejut apabila mendapati mereka kehilangan rambut lebih dari kebiasaan dalam beberapa bulan yang pertama selepas bersalin. Sebenarnya ini perkara biasa dan anda tidak perlu panik. Rambut anda akan kembali seperti biasa normal pada hari ulang tahun pertama kelahiran bayi anda.

Kebiasaannya, lebih kurang 85 hingga 95 % rambut anda tumbuh, dan 5 hingga 15 % di dalam keadaan peringkat berehat. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut baru. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai rambut sehari. Ketika anda mengandung, peningkatan tahap estrogen akan melambatkan proses pertumbuhan rambut anda. Jadi, terdapat sedikit sahaja rambut yang berada dalam keadaan berehat dan kurang rambut yang gugur setiap hari.

Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen akan jatuh dan banyak folik rambut memasuki peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luarbiasa ini akan berkurangan dan rambut anda akan kembali seperti sebelum pra-mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 hingga 12 bulan selepas bersalin. Namun begitu, tidak semua wanita akan mengalami perubahan dramatik pada rambut mereka ketika mengandung atau ketika menjalani tempuh berpantang.


Bagaimana nak kurangkan rambut gugur?
1. Potong rambut supaya lebih pendek. Ini boleh mngurangkan keguguran rambut.


2. Sikat rambut menggunakan sikat yg lembut. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.

3. Ambil makanan sihat terutamanya protein dan zink.

Petua Tradisional Elak Rambut Gugur
1. Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.

2. Gunakanlah bahagian kulit tembikai dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda.

3. Kemudian, biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam masa 25 hingga 35 minit dan cucilah sampai bersih.

4. Jika anda ingin biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tidak meleleh pada bantal tidur anda.

5. Amalkan petua ini hanya sekali dalam seminggu

0 komen:

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea