Monday, June 21, 2010

Aku benci...

coretan Leeza NM waktu 8:47 PM












Apa dah jadi dan apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni agaknya. Pagi tadi masa on the way ke tempat kerja dengar berita di HOT FM... pelajar perempuan meninggal kerana kehilangan darah sebab keguguran di sebuah resort Masya-Allah... lagi kes zina dan ketelanjuran pelajar sekolah. Di mana ibu bapa ? Di mana peranan ibu bapa ?
Mungkin ada yang berpendapat bukan silap ibu bapa semata2... TAPI ingatlah wahai ibu bapa ANAK ITU AMANAH ALLAH PADA IBU & BAPA.. bukan amanah orang lain. Itu harta kita. Memang itu bukan silap ibu bapa semata-mata...tapi ibu bapa lah yang utama. Kemana anak kita pergi...dengan siapa dia berkawan.
Kadang2 sakit mata memandang bila pegi ke pasaraya2....tengok gelagat insan2 kecil ni...yang umurnya setahun jagung tapi terlentuk2 dibahu lelaki. Dua bulan di Times Square...sepasang remaja...bercumbu-cumbuan tanpa malu dikhalayak ramai. Depan mata aku sendiri si lelaki memegang buah dada si perempuan... kemudian naik eskalator dalam keadaan berpeluk-pelukan...OMG....sampai begitu sekali? Si perempuan bertudung... Macam mana tak terlanjur kalau dah begitu cara bergaulnya.
Apa patut kita buat ????? Susahkan... Tak tahu di mana dan bagaimana untuk kita bendung gejala tak bermoral ini. Ada baik jangan kita menuding jari kepada sesiapa. Ada baiknya lihatlah orang2 yang paling hampir dengan kita. JAGALAH MEREKA. Aku teringat kata2 Prof Harlina Halijah Siraj....bagi kaum lelaki...berat tanggungjawabnya...berat sangat2...dia perlu jaga wanita2 disekelilingnya...ibu...saudara perempuanya...isterinya dan anak2nya...jadi bagi kaum lelaki perkemaskan tanggungjawab ini...agar wanita2 di bawah tanggungjawab anda semua baik budi pekerti dan akhlaknya. Jadi banyak masalah boleh di selesaikan.
Bagi adik2 remaja diluar sana....TOLONGlah...jangan jadikan CINTA itu segala-galanya. Bacalah buku nukilan Ustaz Hasrizal " Aku terima Nikahnya" di dalam itu banyak ilmu yang boleh adik2 jadikan panduan. Bagi aku... setiap hujah Ustaz Hasrizal di dalm bukunya itu aku setuju 100%. Bagi ibu bapa yang punya anak remaja...dapatkanlah buku ini...baca dan kemudian panjangkan pada anak2. Pengisiannya bagi aku cukup cantik sekali... buku ini menyentuh peranan ayah..ibu...anak... Ketika aku baca buku ni... air mata aku mangalir... Timbul sejuta kesedaran.
Setiap kali mendengar atau terbaca berita2 pembuangan bayi ini...hati aku ni meronta2..marah...geram seme ada...tapi pada sapa???? Kenapalah mereka ini begitu cetek sekali akal fikirannya. Kenapa sanggup menggadai nyawa kerana dosa. Wahai perempuan di luar sana berbaloikah pengorbanan yg keji ini... Penghidupan kita sekiranya panjang Allah akan membayar perbuatan kita itu secara tunai. Nak selamatkan maruah ??? Apa sebenarnya maruah itu...???
Berdoalah semoga seluruh ahli keluarga kita dan masyarakat disekliling kita terselamat dan dijauhkan dari musibah sebegini. Amin ya rabbalalamin.

0 komen:

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea