Monday, December 21, 2009

Ayam Organik HPA

coretan Leeza NM waktu 7:00 PM
Minggu ni nak cerita/share about Ayam Organik HPA. Ayam organik HPA ini diternak sendiri oleh HPA dan dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.





Walaupun harga sedikit mahal, tapi kualiti barang yang kita beli terjamin dari segi soal HALAL nya tu yang penting dan juga dari segi aspek kesihatan...
Pikir-pikirkanlah...

3 komen:

Eric said...

Good evening and a happy new year!

I'm actually actively seeking for a client of mine for bloggers (higher weightage on Male bloggers)and I stumbled onto your blog.

Hence I decided to email and see if your kindself will be keen on doing an advertorial for my client.

Do let me know and hope to hear from you soon!

Also, do let me know of your unique visitors/page views per day cos' the rates are very dependent on those stats.

Regards,
Eric Yong

Mail to ericyong77@ericyong77.com

Aliza said...

kalo untuk budak2 alergik agak2nya leh tak makan ayam ni? liza dah jd ahli HPA sebelum raya baru ni...produk2 HPA ni memang memuaskan hati dan leh guna tanpa was2...

lee-za said...

aliza...i cuti panjang baru je masuk ofis today

mmg elok la tu aliza...sbb selain dari cara ternakannya yg unik...ia juga memenuhi aspek kebersihan, kesihatan yg perlu kita jaga kan. Utk anak2 mmg cukup baik.

 

My name is Leeza NM Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea